Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Ainul Mardhiah pernah mengemparkan ramai rakyat Malaysia dengan tumor seberat 200g yang melekat pada mulutnya sebelum ini. Dr. Amalina Che Bakri antara tunjang utama yang berjaya menyatukan rakyat Malaysia untuk menyumbang dana bagi mendapatkan rawatan Ainul di London.
Dah lama menyepi sejak kepulangannya ke Malaysia setelah berjaya menerima rawatan, ramai yang tertanya-tanya perkembangan terbaru Ainul.
AINUL SEMAKIN TEMBAM, SIAP ADA TONCANG
Tidak dapat dinafikan, melihat sahaja keadaan fizikal Ainul yang kini berusia setahun lebih, perubahannya sangat ketara. Dia dilihat lebih tembam dan semakin comel berbanding keadaannya dahulu sewaktu berada di dalam hospital.
Dan terbaru, bapa Ainul iaitu Safiuddin ada berkongsikan gambar terkini Ainul di laman instagramnya. Yang menarik perhatian adalah rambut Ainul yang sudah pun panjang dan boleh diikat toncang.
ANTENA UNTUK SERAP AURA POSITIF SEKELILING
Safiuddin sempat berseloroh dengan menulis kepsyen toncang anaknya itu bukan sengaja diikat sebegitu. Ianya adalah antenna untuk menyerap ion positif di sekeliling anaknya.
View this post on Instagram
Antena tu untuk serap ion ion positive di sekeliling ainul. Bukan saje saje buat macam tu 😂
RAMAI YANG MEMBERIKAN SOKONGAN MORAL
Dengan perkongsian bapa Ainul ini, ramai netizen memberikan reaksi positif. Ada yang gembira melihat keadaan Ainul yang semakin sihat berbanding dahulu. Mereka memuji kecomelan Ainul dan menitipkan doa agar adik ini membesar dengan baik.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat mengubati rindu sesetengah pihak yang bertanyakan keadaan terkini Ainul.
Sumber: Instagram Ahmad Safiuddin