Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dilihat tidak mempedulikan segala macam pandangan dan teguran ramai pihak berikutan penampilannya sebagai wanita di Tanah Suci. Sehingga saat ini dia masih mempertahankan dirinya sebagai khunsa.
Biarpun identiti jantina sebenarnya sudahpun diketahui umum, Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta mufti sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa Sajat perlu melakukan ibadat umrah atau haji sebagai mana seorang lelaki.
EGO, SIAP JAMU SEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN
Namun dengan perasaan ego, Sajat masih meneruskan pakaian bertudung dan menjalani ibadat umrah sebagai wanita. Terbaru, usahawan penuh kontroversi ini ada memuat naik video lengkap berpakaian wanita sambil bersedekah.
Dalam video berkenaan, dia dilihat mengagihkan makanan kepada golongan fakir miskin di sana. Dengan yakin, diruangan kepsyen Sajat meluahkan rasa hati yang cukup tenang sepanjang melakukan ibadat umrah ini.
SAJAT LUAH RASA GEMBIRA DAN TENANG
Tambahan pula, dengan bersedekah ini membuatkan Sajat berasa lagi gembira kerana dapat berkongsikan rezeki yang dikurniakan kepadanya.
Seolah-olah tiada kesedaran dalam diri. Dalam kenyataannya sebelum ini, Sajat memberitahu jika dia mainkan agama sudah pasti dia akan menerima hukuman di sana. Tanpa dia sedar, dia sudah pun mencabar kekuasaan Tuhan.
VIDEO PENUH:
TUJUAN BERI INSPIRASI
Jelasnya lagi, segala gambar yang dimuat naik bertujuan untuk memberi inspirasi kepada orang ramai yang melihatnya.
Bagi penulis, jangan hipokrit dengan diri sendiri. Makin lama berlakon, makin ramai orang akan nampak diri sebenar. Sama-sama kita doakan usahawan ini diberi hidayah agar kembali kepada landasan yang betul.
Kredit: Youtube pedatii