Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Hebatnya Kasih Seorang Bapa! Warga Emas Meninggal Dalam Kereta Ketika Tunggu Anak Interview

B.A.P.A! Ejaan yang sangat pendek tapi penuh dengan makna. Ramai antara kita terlepas pandang atau pun mengabaikan tanggungjawab kepada bapa. Jika diberi pilihan antara ibu dan bapa sudah pasti ramai yang akan memberi jawapan ibu.

KASIH SAYANG BAPA DALAM DIAM

Anak-anak tidak sedar bahawa sayangnya bapa kepada anak berbeza caranya berbanding seorang ibu. Ibu disifatkan seorang yang lembut dan sering menurut kata anak-anak sehingga tak kurang hebatnya ada yang berani melawan.

Manakala bapa bersifat sangat agresif dan tegas walhal dalam sudut hati sangat lah menyanyangi anak lebih dari diri sendiri. Mereka sanggup berkerja lebih masa demi memberikan keselesaan buat ahli keluarga.

DIJEMPUT ILAHI KETIKA MENEMANI ANAK TEMUDUGA KERJA

Ini lah yang cuba penulis kongsikan pada kali ini. Memetik kepada laporan Harian Metro, mengisahkan seorang warga emas meningal dunia. Berbeza dengan kisah yang lain, warga emas tersebut difahamkan sedang menemani anaknya yang sedang menghadiri temu duga kerja.

Sumber Harian Metro

Warga emas tersebut dikenali sebagai Mustafa Ariffin dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri sedang berada di bahagian tempat duduk penumpang kereta jenis Proton Wira. Orang awam yang menjumpai pada awalnya nampak keadaan mngsa dalam keadaan aneh.

TIDAK SIHAT, DEMAM SEJAK 3 HARI LALU

Dikhabarkan arwh tidak sihat dan mengalami demam sejak beberapa hari yang lalu. Namun dia tetap sanggup menemani anak bongsunya untuk temu duga kerja di Wisma Persekutuan Alor Setar.

Ketika kejadian sekitar jam 10.30 pagi, dia berada seorang diri di dalam kereta. Isterinya pula menemani si anak di tingkat atas bangunan kerajaan tersebut.

Menurut Mohd Ali Ahmad, merupakan sepupu mngsa memberitahu yang dia sangat terkejut dengan berita ini. Sepupunya tidak pernah mengadu rasa sakit selama ini dan keadaan dirinya kelihatan sentiasa sihat.

AHLI KELUARGA REDHA

Walau bagaimanapun, Mohd Ali memberitahu bahawa mereka sekeluarga redha dengan pemergian arwh meskipun berat untuk diterima.

Difahamkan, jenazh telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.

Diharapkan ahli keluarga jenazh diberikan kekuatan dan sabar dalam menerima berita pemergian orang yang tersayang. Semoga arwh ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.

Kredit: Harian Metro

Kongsi artikel ini: