Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dalam Diam Berhijrah! Menantu Tok Ti Cantik Bertudung Litup, Tarik Perhatian Netizen

Keluarga besar Dato’ Seri Siti Nurhaliza atau lebih selesa disapa Tok Ti bersama suaminya sering mendapat liputan meluas akhbar di negara kita. Tok Ti dan Datuk K menjadi perhatian dek kerana sifat tolak ansur dan saling melengkapi antara mereka berdua.

Turut terkena tempias populariti pasangan ini adalah anak tiri Tok Ti dan juga menantunya. Penulis maksudkan Tya Ariffin dan juga Izara Aisyah. Mereka berdua turut dilihat bahagia bersama suami di sisi kini.

Sumber Instagram

TYA TAMPIL BERTUDUNG SEJAK AKHIR-AKHIR INI

Tya Ariffin merupakan pelakon popular dari negara jiran, Indonesia telah berkahwin dengan Asyraf Khalid pada 5 tahun yang lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel.

Sumber Instagram

Seperti sedia maklum, Tya yang selama ini sering tampil freehair dalam mana-mana acara yang dihadirinya. Walau bagaimanapun sejak beberapa hari lepas dia mengejutkan ramai peminatnya apabila mengenakan hijab.

BERI GAMBARAN SUDAH BERHIJAB

Nampak lebih cantik dan manis, sejak akhir-akhir ini juga semua gambar dan perkongsian yang dibuat Tya menerusi laman Instagram telah pun menutup kepala. Ini menimbulkan rasa syak peminat bahawa dia telah pun berhijrah ke arah yang lebih baik dan dituntut agama.

Melihat sahaja ke ruangan komen, ramai yang membanjiri dengan ucapan tahniah dan juga memuji penampilan bertudung Tya ini. Mereka turut berasa bangga dengan perubahan yang dilakukan dan mendoakan agar Tya kekal istiqomah dengan menutup aurat.

Sumber Instagram

BIAR PEMINAT SENDIRI MENYEDARI HIJRAHNYA

Begitu lah kekuasaan Tuhan. Hidayah yang diberikan kepada hambaNya tanpa kita sedar. Namun sehingga kini, Tya masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berhubung penampilan bertudungnya itu.

Sekiranya faham dengan agama, tidak perlu kita berasa bangga untuk war-warkan kepada umum. Rasanya pendekatan itu lah yang cuba Tya tampilkan agar peminat sendiri yang menyedari perubahan dia lakukan dalam diam.

Sumber Instagram

Biarpun tuntutan tugas ataupun pekerjaan, mungkin ianya boleh jadi suatu asbab keinginan dari hati untuk selebriti cantik ini meneruskan menutup aurat.

Sumber: Instagram Tya Ariffin

Kongsi artikel ini: