Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Aura Negatif Jadi Positif! Neelofa Pernah Gagal 2 Kali Bercinta, Jadi Punca Kejayaan. Ikuti Luahan Hatinya

Noor Neelofa Mohd Noor, satu nama gah yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kejayaannya bukan sahaja dalam dunia hiburan, malah kini sedang giat mengembangkan perniagaan yang sedang diusahakan.

Untuk menjadi usahawan yang berjaya seperti Neelofa ini bukan lah suatu perkara yang mudah. Ia hadir dengan semangat yang mungkin tidak akan ada pada diri semua orang. Disebabkan kelainan ini lah yang menjadi kan figura ini lain dari selebriti yang lain.

Sumber Instagram

GAGAL BERCINTA PUNCA MERAIH KEJAYAAN

Mengorek rahsia tentang kejayaan dalam perniagaan yang diraihnya, Neelofa ada berkongsikan sisi gelap yang berjaya diubahnya menjadi suatu aura positif agar tampil terus berjaya.

Kehidupan seperti orang lain, Neelofa pernah terjerat dengan kisah cinta. Dia mengakui putus cinta adalah perkara yang sangat berat untuk diterima. Walau bagaimanapun dia tidak memendam lama perasaan kecewanya itu.

Sumber Instagram

Dia jadikan putus cintanya ini sebagai penguat semangat untuk dia memburu lebih banyak kejayaan. Tambah Neelofa, ketika dia berjinak dengan perniagaan tudung dan juga lens, dia sebenarnya tengah patah hati kerana kecewa dengan bekas kekasih.

KERJA HINGGA LEWAT PAGI UNTUK LUPAKAN KISAH SILAM

Ianya berlaku sekitar umurnya baru menjengah 25 tahun dan sedang mencari-cari identiti diri sendiri. Jadi, dia jadikan perasaan sedih dan kecewa ini sebagai jalan dia bangkit ke arah bidang perniagaan.

Setiap hari dia akan bekerja hingga lewat pagi untuk melupakan segala perasaan kecewa pada ketika itu. Neelofa berpegang pada jati diri yang mana ingin dikenali ramai sebagai wanita yang kuat.

Sumber Instagram

Dia bukan sekali gagal dalam bercinta. Tambah Neelofa dia turut gagal kali kedua, dia tidak berkurung dalam bilik atau menangis sebab putus cinta. Malah dia terus berniat untuk dikenali ke peringkat dunia seperti kini. Akhirnya dia mencapai matlamat diimpikan hasil kegagalan bercinta.

SEMOGA JADI INSPIRASI

Jelas Neelofa, dia gunakan aura sedih dan kecewa atas sesuatu untuk menjadi yang lebih baik. Apa yang ingin dia buktikan adalah tanpa ex-boyfriend dia tetap boleh berjaya.

Namun Neelofa tidak menjelaskan dengan siapa dia pernah bercinta atau individu mana yang pernah mengecewakan hatinya itu.

Kesimpulannya, diharapkan dengan perkongsian Neelofa ini memberikan inspiransi buat orang ramai terutama kaum wanita untuk move on jika pernah gagal dalam sesuatu perhubungan.

Kredit: Youtube Hiburan Harian

Kongsi artikel ini: