Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Ditatang Bagai Bayi Kecil! 15 Tahun Edika Yusof Setia Menjaga Di Sisi. Ikuti Luahan Hati Isterinya

Siapa yang tidak kenal dengan model dan pelakon lelaki yang popular sekitar tahun 90an ini iaitu Edika Yusof. Pelakon kelahiran Kampung Baru ini secara tidak sengaja masuk ke bidang lakonan setelah menceburi ujibakat di Cherating, Pahang suatu ketika dahulu.

Memiliki darah kacukan memberikan kelebihan kepada Edika dan sering memegang watak orang kaya yang sombong walhal dia berasal dari keluarga yang biasa sahaja.

Sumber Instagram

KEBAHAGIAAN DIRAGUT DAN DIUJI

Seperti orang lain, Edika turut mengimpikan keluarga yang bahagia. Dia menamatkan zaman bujang dan berkahwin dengan Nor Hidayah Yusri. Hasil perkawhinan mereka dikurniakan dua cahaya mata. Namun kebahagiaan diimpikan hanya sempat dirasa dua tahun sahaja.

Isterinya menghidap meningitis yang memaksa tiga suku badan Hidayah lumpuh. Kesannya Hidayah tak dapat bercakap dan mengganggu memorinya. Namun ujian ini tidak mematahkan semangat Edika dan isteri.

Sumber Instagram

Ketika mula sakit lagi, Hidayah ditatang bagai seorang bayi kecil. Edika sangat bertanggungjawab dan sentiasa ada di sisi selama dia memerlukan kekuatan untuk melawan perasaan kecewa yang dia rasa.

15 TAHUN MENJAGA ISTERI TANPA RASA MENGALAH

Selama 15 tahun Edika setia menjaga Hidayah tanpa rasa terbeban. Malah menurut Edika, dia langsung tidak menganggap isterinya OKU malah melayan seperti orang biasa. Hal ini bagi menguatkan lagi semangat isterinya untuk terus berjuang.

Menurut isterinya pula, pengorbanan yang dilakukan oleh Edika tidak dapat dibalas sejak dia terlantar sakit lagi. Dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga bukan lah sesuatu perkara yang mudah memandangkan keadaannya yang tidak dapat bergerak.

KOMUNIKASI DUA HALA SANGAT MEMBANTU

Ia memerlukan komunikasi dua hala. Jika hanya Edika sahaja yang berjuang sudah pasti ianya akan terputus di tengah jalan juga. Ibarat bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Jadi kedua mereka saling memberikan yang terbaik antara keduanya.

Sumber Instagram

Sudah pasti ujian yang paling berat adalah Edika sendiri apabila isterinya memerlukan penjagaan yang sangat rapi. Edika perlu mengangkat Hidayah untuk ke bilik mandi dan menguruskan segala keperluan isteri.

Penguat kepada semangat Edika adalah janji yang telah dia ungkapkan. Jelas aktor kacak ini, jika perkara sama yang berlaku kepada dirinya, sudah pasti dia mengharapkan si isteri ada kekal di sisi untuk sentiasa membantu.

Semoga kisah Edika dan isteri ini memberikan inspirasi buat kita semua dalam menghargai pasangan masing-masing. Perkahwinan ini dibuat bukan sekadar rasa cinta dan sayang, ianya memerlukan rasa tanggungjawab kita kepada pasangan.

Kredit: Instagram Edika Yusof

Kongsi artikel ini: