Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Buat Hal Betul! Menangis Wawa Tengok Nanti. Muat Naik Gambar, Kepsyen Aeril Zafrel Curi Tumpuan

Sebut nama Suhairil bin Sunari mungkin ramai yang tidak mengenali. Sebenarnya individu memegang nama ini ialah Aeril Zafrel. Dia menggunakan nama Aeril Zafrel sebagai nama komersilnya dalam industri hiburan tanah air.

Aeril dilahirkan pada 2 Disember 1988 di Rengit, Batu Pahat. Dia mula dikenali di persada seni menerusi drama Permata Hati Mama yang dilakonkan pada tahun 2006 lagi. Bermula dari situ kerjayanya mula berkembang sehingga bergelar usahawan bersama isteri Wawa Zainal.

Sumber Instagram

AERIL DAN WAWA SERING DIPUJI NETIZEN

Kehidupan peribadi bersama isteri sering menjadi perhatian peminat. Bukan sahaja seorang suami yang bertanggungjawab, malah Aeril juga sering menampakkan diri sebagai lelaki yang romantik dan pandai melayan kerenah isteri.

Tidak dinafikan suami kesayangan Wawa Zainal ini merupakan seorang yang masuk air. Ada sahaja gelagatnya di media sosial yang membuatkan ramai peminat terhibur. Nampak sahaja muka yang serius tetapi hakikatnya boleh dikatakan sebagai Pak Lawak.

MUAT NAIK GAMBAR ATAS PELAMIN, KEPSYEN BUAT RAMAI TERHIBUR

Beberapa jam yang lepas, Aeril sekali lagi menarik perhatian peminat apabila memuat naik sekeping gambar di laman Instagram miliknya. Gambar tersebut menunjukkan Aeril sedang berada di atas pelaminan dengan seorang penyanyi cantik.

Penyanyi yang dimaksudkan ialah Nabila Razali. Mereka berdua lengkap mengenakan busana songket pengantin berwarna biru muda. Yang mencuitkan hati ramai adalah kepsyen ditulisnya sehingga ramai mengingatkan nyanyian Pak Kodi dalam sitkom Jenaka Kampung Kalut.

“Lahnat.. Pengantin baru.. by Wawa Zainal” Tulis pendek Aeril.
Sumber Instagram

MENANGIS WAWA TENGOK NANTI

Secara tidak langsung perkongsian Aeril ini mendapat reaksi ramai pengikutnya. Ada yang berseloroh mengatakan perangai lelaki semuanya sama. Isteri baru habis pantang lahirkan anak, suami dah mula cari lain.

Sumber Instagram

Tak kurang hebatnya, ada yang mengusik Wawa bahawa pasti menangis si isteri bila tahu suami naik pelamin dengan wanita lain. Tak pasal-pasal jalan balik ke rumah kena tutup.

Sumber Instagram

Walau bagaimanapun perkongsian ini hanya lah teaser kepada drama yang bakal dilakonkan oleh Aeril yang berjudul Seindah Tujuh Warna Pelangi. Difahamkan drama tersebut bakal memenuhi slot akasia di TV3 tidak lama lagi.

Sumber: Instagram Aeril Zafrel

Kongsi artikel ini: