Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Selain daripada isu Sajat di Tanah Suci, nama pengasas produk Qu Puteh, Dato’ Seri Vida (DSV) turut menjadi tumpuan masyarakat di negara kita sejak akhir-akhir ini. Hal ini mula timbul apabila bekas pengacara popular Azwan Ali atau Diva AA membuat kenyataan berbaur hinaan kepada keluarga DSV.
Beberapa hari lepas heboh di media sosial apabila DSV berkongsikan video Diva AA yang membakar wangian yang diberikan DSV sebagai hadiah. Tidak cukup dengan membakar, Diva AA mengungkapkan kata-kata yang mengguriskan hati DSV.
DIVA AA KAITKAN ANAK-ANAK DSV DAN HAL PERIBADI
Dia telah mengaitkan arwh kedua-dua anak DSV yang meninggal dalam kejadian kebakaran beberapa tahun lalu. Diva AA turut menyentuh soal peribadinya yang telah gagal beberapa kali dalam rumah tangga.
Secara tidak langsung ianya memberikan sedikit tekanan kepada usahawan selebriti ini untuk meneruskan kehidupan. Punca kepada kemarahan Diva AA ini disebabkan rasa tidak puas hati tidak dibayar setelah muncul di acara yang dianjurkan oleh usahawan tersebut.
CIK B BUAT REMIX GUNA KATA-KATA DIVA AA TARIK PERHATIAN NETIZEN
Yang menariknya kini adalah anak perempuan DSV iaitu Cik B tampil memberikan respon dalam diam berikutan kejadian menimpa ibunya dan Diva AA. Cik B membuat satu video remix makian dari Diva AA kepada keluarganya.
Seterusnya dengan rasa yakin Cik B membuat tarian hip hop berlatar belakang lagu remix tersebut. Video tersebut meraih banyak perkongsian daripada pengguna sejak ianya dimuat naik semalam.
😐 🤓 pic.twitter.com/WVfULCcm1U
— cikb havoc (@HavocCikb) February 2, 2020
Mengikut perkongsian di Twitter, ramai pengguna memberikan kata-kata semangat buat Cik B dan keluarga agar terus tampil kuat. Jangan terlalu ambil peduli dengan perkara negatif kerana kehidupan manusia tidak dapat lari dari pandangan serong orang lain.
Diharapkan kejadian menimpa DSV dan Diva AA dapat diselesaikan secara baik dan menemui titik persetujuan bersama dalam urusan yang mereka lalui.