Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nama usahawan selebriti, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman telah mencetuskan amarah ramai pihak. Ini berikutan terbongkarnya penyamaran yang dibuat oleh usahawan ini dan beberapa temannya untuk mengerjakan ibadat umrah.
Awalnya ramai yang keliru dengan kes Sajat bagaimana dia boleh berada di Tanah Suci dengan memakai telekung dan penampilan seperti wanita. Ramai pihak meminta agar pihak berwajib mengambil tindakan ke atas perkara ini kerana ianya melibatkan kesucian umat Islam.
JANGAN TEGAKKAN BENANG YANG BASAH, NAK BERI INSPIRASI KATANYA
Seakan tiada rasa bersalah dalam diri, Sajat dilihat masih tenang dan memberikan komen terhadap segala cakap-cakap netizen. Ibarat menegakkan benang yang sudah pun basah, dia memberitahu sekiranya dia mainkan agama, sudah pasti dah kena hukuman di Tanah Suci awal-awal lagi.
Tujuan Sajat mengerjakan umrah dan berkongsikan gambar di media sosial adalah untuk memberi inspirasi kepada yang lain agar turut dapat menjejakkan kaki ke sana. Jelasnya dengan yakin lagi, hanya Allah yang tahu nawaitu yang dia cuba sampaikan.
BUAT BAIK SALAH, BUAT BURUK LAGI LA SALAH
Dalam pada itu, Sajat meluahkan rasa kecewa dengan masyarakat kita. Apa sahaja perkara yang dilakukan, ramai yang tak boleh terima. Buat perkara baik atau buruk semuanya sama di mata netizen kita. Apa pun dia tetap bersyukur sebab semuanya berjalan dengan lancar.
Berhubung dengan dakwaan dirinya tidak memakai tudung sewaktu berada di lapangan terbang KLIA berbeza dengan penampilan di Tanah Suci, Sajat menjelaskan yang dirinya bukan lah wanita bertudung. Sebelum ini kehidupannya memang dengan imej freehair.
Jadi untuk menghormati tempat suci, dia hanya bertutup lingkup hanya semata-mata nak mengerjakan umrah.
Kesimpulannya, guna lah saluran yang betul dan pemikiran yang waras sekiranya ingin buktikan jantina diri yang sebenar. Jangan disebabkan ego diri sendiri, kelak badan yang binasa. Semoga kisah Sajat menjadi pengajaran buat kita semua.