Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Diuji Dengan Zuriat, Digantikan Dengan Mahalnya Setia! Peminat Luah Rasa Cemburu Izzue Islam & Awin

Manusia diciptakan untuk hidup berpasangan. Rasanya tidak lengkap sesuatu ikatan perkahwinan itu tanpa cahaya mata. Kehadiran anak bukan sekadar pelengkap malah menambahkan lagi kekuatan antara suami isteri.

Walau bagaimanapun, ianya tidak bermaksud dengan memiliki cahaya mata hubungan suami isteri langsung tidak diuji. Ada juga kisah rumah tangga berantakan kerana sifat suami yang ada hubungan lain dikala si isteri bertarung dalam pantang.

PERKAHWINAN DAH CECAH USIA 8 TAHUN

Semuanya terletak kepada diri masing-masing dalam memahami tanggungjawab. Sebagai contoh pasangan artis ini. Dalam tak sedar Izzue Islam dan isteri, Awin telah pun mencecah lapan tahun usia perkahwinan mereka.

Sumber Instagram

Mereka dilihat masih manja dan romantik bersama mengalahkan pasangan yang baru berkahwin. Meskipun diuji dengan zuriat, mereka masih bersabar dengan ujian Tuhan dan percaya dengan segala aturan yang ditetapkan.

Tidak terlintas langsung di fikiran Izzue untuk meninggalkan isteri dan mencari orang lain. Malah masing-masing saling melengkapi dan setia di sisi.

MUAT NAIK UCAPAN RINGKAS TAPI PENUH MAKNA

Menjengah ke laman Instagram artis kelahiran Kelantan ini, Izzue ada memuat naik satu video yang mana bersama Awin yang saling berpegangan tangan. Dalam kepsyen video tersebut telah membuatkan ramai kagum.

 

View this post on Instagram

 

CINTA mengajar kita untuk hidup berdua, bukan untuk mendua. Goodnight kepada semua Sang Pencinta 💖

A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam) on

Dengan ucapan yang ringas tetapi ianya membawa maksud sangat mendalam kepada seorang suami dalam menghargai isteri.

PEMINAT PULAK RASA CEMBURU

Aksi mereka berdua ini mengundang sedikit rasa cemburu peminat. Mana tidaknya, sikap manja mereka sejak dari awal perkahwinan sehingga hari ini langsung tidak berubah.

Sumber Instagram

Mereka turut mendoakan Izzue dan Awin sentiasa kekal bahagia begini sampai bila-bila serta dilindungi dari sikap hasad dengki daripada individu tak bertanggungjawab.

Sumber Instagram

Itu lah lumrah dalam perkahwinan. Izzue dan Awin diuji dengan zuriat tetapi mereka digantikan pula dengan kebahagiaan serta kesetiaan yang orang lain tak pernah rasa.

Sumber: Instagram Izzue Islam

Kongsi artikel ini: