Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dah Terjawab! Agensi Umrah Dipanggil Bertemu Mujahid, Sajat Perlu Tunai Umrah Ikut Kejadian Asal

Baru sebentar tadi penulis berkongsikan kisah Sajat yang telah mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa yang terkilan dengan usahawan tersebut yang kurang peka kesucian Tanah Makkah.

BACA: Akhirnya Menteri Sendiri Keluarkan Kenyataan Berhubung Isu Sajat Berada Di Makkah

Berhubung dengan perkara tersebut, difahamkan Mujahid telah membuat pertemuan dengan agensi pelancongan umrah, Albayt Travel (M) Sdn Bhd yang bertanggungjawab dalam membawa Sajat dan rombongannya yang lain ke Tanah Suci.

PERLU TUNAI UMRAH IKUT CARA LELAKI

Pertemuan tersebut turut disertai oleh wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti situasi sebenar yang sedang berlaku terhadap rombongan terbabit di Makkah.

Hasil perbincangan tersebut, dapat dirumuskan oleh Mujahid sendiri bahawa Sajat yang selama ini mengaku sebagai wanita perlu menunaikan ibadat umrah mengikut seperti mana seorang lelaki.

Ini berdasarkan keputusan fatwa muzakarah haji yang melibatkan isu ibadat haji atau umrah bagi golongan mukhannas.

Fatwa ini terang dan jelas menyebut kekal seorang yang asal jantinanya sebagai lelaki, maka segala hukum hakam untuk haji dan umrah hendaklah mengikut hukum asal kejadian dirinya.

TINDAKAN TEGAS AKAN DIKENAKAN KEPADA MUHAMMAD SAJJAD

Berhubung dengan kehadiran SKMM pula adalah kerana tindakan dapat dilakukan segera ekoran penyebaran pelbagai sumber dan gambar berkaitan usahawan selebriti tersebut yang dimuat naik di media sosial sejak akhir-akhir ini.

Tambah Mujahid lagi, tindakan tegas akan dikenakan kepada Muhammad Sajad Kamaruzzaman yang berani memuat naik gambar dan video berpakaian seperti wanita di Makkah sekali gus menimbulkan rasa kurang selesa umat Islam sendiri.

ALBAYT TRAVEL HANYA MEMBANTU MEMUDAHKAN DAN MEMBERI SARANAN

Dalam kenyataan Albayt Travel sebelum ini pula, pihak mereka memberi nasihat kepada Sajat dan rombongannya agar mematuhi garis panduan dan pemakaian selama menunaikan umrah. Mereka mematuhi ketika di sini namun sebaliknya berlaku ketika tiba di Tanah Suci.

Semoga dengan kenyataan dari pihak Mujahid ini dapat menjawab segala persoalan yang membelengu ramai pihak tentang kekecohan yang berlaku. Sama-sama kita doakan agar perkara sebegini tidak berulang di masa akan datang.

Kredit: mStar Online

Kongsi artikel ini: