Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Akhirnya Menteri Sendiri Keluarkan Kenyataan Berhubung Isu Sajat Berada Di Makkah

Ramai meluahkan rasa kesal dengan tindakan usahawan kosmetik yang memakai pakaian wanita ketika menunaikan umrah di Tanah Suci.

Secara tidak langsung hal ini turut menjadi perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof.

 

MUJAHID KESAL TINDAKAN SAJAT

Mujahid dalam kenyataannya meluahkan rasa kesal dengan isu yang dicetuskan oleh Muhammad Sajjad Kamaruzzaman ini atau lebih dikenali sebagai Sajat yang memakai telekung ketika berada di sana.

BACA: Dah Kantoi! Ramai Pertikai Penampilan Wanita Sajat Di Tanah Suci. Terbongkar Cara Lepas Ke Sana

Sehubungan dengan kejadian ini, ianya sedikit sebanyak telah pun menjejaskan imej seorang lelaki yang menyerupai wanita selama berada di sana. Seperti yang kita ketahui Makkah adalah tempat paling suci umat Islam dan perlu dihormati.

TERIMA BANYAK ADUAN JEMAAH

Masyarakat Islam tidak berdiam diri kerana sehingga hari ini dia telah pun menerima banyak aduan daripada Jemaah yang menyaksikan sendiri perbuatan yang tidak bertanggungjawab Sajat itu.

BACA: Masih Pertahankan Status! Sajat Buka Mulut Isu Umrah, Kalau Mainkan Agama Dah Lama Kena Balasan

Isu ini bukan melibatkan Sajat sendiri, malah menimbulkan rasa tidak selesa kepada Jemaah wanita terutamanya ketika menjalankan ibadat umrah. Sudah pasti selama di Makkah, Sajat telah menceroboh masuk ruangan khas untuk wanita.

MASIH TUNGGU LAPORAN PENUH

Lelaki berpakaian menyerupai wanita adalah perkara yang dilarang. Perbuatan ini telah pun menjejaskan imej agama sekiranya tidak diambil tindakan kepada si pelaku.

Sehingga hari ini, Mujahid masih menunggu laporan penuh berkaitan Sajat kerana difahamkan dia masih lagi berada di sana.

Bukan Sajat sahaja dalam radar perhatian malah agensi pelancongan yang bertanggungjawab selama Sajat mengerjakan umrah turut terima tempias. Laporan maklumat penuh agensi tersebut turut akan disoal siasat.

Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada kenyataan dikeluarkan adakah tindakan akan dikenakan ke atas mereka yang terbabit.

Sama-sama kita doakan agar kejadian sebegini tidak berulang kembali dalam kalangan masyarakat kita hanya semata-mata ego diri sendiri.

Kredit: Berita Harian

Kongsi artikel ini: