Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dah Kantoi! Ramai Pertikai Penampilan Wanita Sajat Di Tanah Suci. Terbongkar Cara Lepas Ke Sana

Mengerjakan umrah adalah perkara yang paling diidamkan ramai penganut agama Islam di dunia. Ini kerana ia adalah ibadat yang dituntut bagi golongan yang berkemampuan. Rasanya tidak lengkap hidup dengan harta yang melimpah tetapi gagal menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Harus kita ingat, mengerjakan umrah ini bukan lah perkara yang boleh dibuat main seperti mana niat ingin melancong ke tempat peranginan. Ianya perlu diikuti dengan hati yang ikhlas serta nekad untuk menjadi yang lebih baik sebagai penganutNya.

SAJAT PUN TUNAIKAN UMRAH

Mengerjakan ibadat umrah ini turut menjadi perhatian usahawan terkenal, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman. Difahamkan dia telah pun pergi mengerjakan ibadat umrah ini bersama keluarga dan juga beberapa orang teman.

Pada awalnya, ada terlintas dalam benak ramai netizen untuk memuji tindakan usahawan ini apabila mengumumkan untuk tunaikan umrah. Namun sebaliknya berlaku apabila penampilannya masih kekal sebagai wanita dengan lengkap bertelekung mencetuskan tanda tanya.

MACAM MANA BOLEH LEPAS BERPAKAIAN WANITA DI TANAH SUCI

Kisah status jantinanya masih menjadi persoalan orang ramai sehingga hari ini menjadi punca timbulnya banyak keraguan serta kemusyikilan netizen. Ada pihak yang mempertikaian macam mana Sajat boleh terlepas ke sana sebagai wanita walhal dalam kad pengenalan jelas tertera sebagai lelaki.

Mengikut perkongsian di Twitter, seorang pengguna yang dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi ada berkongsikan kisah Sajat ini. Menurutnya, mutawwif yang membawa usahawan selebriti ini ada merujuk PA Datuk Mufti Wilayah untuk minta pendapat.

Pihak mufti menjelaskan boleh ibadah dengan syarat dia mesti berpakaian lelaki dan beribadat pun mengikut cara lelaki. namun kecewanya bila sampai di sana, boleh pula berkongsikan gambar bertelekung.

KANTOI DI AIRPORT PAKAI JUBAH LELAKI

Tambah Akhi dalam penulisannya, dia meminta agar masyarakat tidak cepat menjatuhkan hukum. Sama-sama doakan ada hikmah yang Tuhan ingin tunjukkan kepada masyarakat dan terutamanya kepada usahawan yang dimaksudkan itu sendiri.

Dan heboh di Twitter yang mana ada individu wajahnya menyerupai Sajat berpakaian jubbah lelaki ketika berada di lapangan terbang. Sekali gus, ramai yang menentang perbuatan Sajat ini seolah-olah mempermainkan agama.

Mereka meminta agar pihak berwajib mengambil tindakan terhadap lakonan atau pun wayang dimainkan dalam meneliti status sebenar usahawan ini dan perjelaskan kepada umum agar tidak timbul sebarang kekeliruan kelak.

Sumber: Twitter Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Kongsi artikel ini: