Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Dia berjaya menjadi jutawan di usia yang muda. Disebabkan kejayaannya ini lah ramai antara kita kagum dengan pencapaian figura yang ingin penulis kongsikan. Dia ialah Safiey Illias, seorang usahawan kosmetik.
Namanya pernah meniti di mulut netizen gara-gara alasan Safiey berpatah balik kepada wanita kerana lemahnya iman. Ramai rasakan bagai ditipu, seolah-olah dia mempergunakan agama untuk meraih publisiti dan juga demi pemasaran produk perniagaan.
DUA KALI GAGAL DALAM HIJRAHNYA
Dia gagal dalam hijrahnya kemudian sekali lagi mengumumkan untuk kembali kepada fitrah dengan memuat naik gambar membuang implan. Alasan pada kali ini adalah kasihan melihat kepada ibu bapanya yang sudah tua.
Walau bagaimanapun, ramai menyangkakan perkara tersebut bersifat sementara dan gimik semata-mata. Dan ternyata sangkaan orang ramai tepat sekali. Menjengah ke laman Instagram usahawan ini, ternyata gambar terbarunya berambut panjang dan menyerupai wanita.
BERI GAMBARAN UNTUK TERJUN BALKONI
Dan yang paling menjadi perhatian ramai adalah kepsyen Safiey baru-baru ini memberi gambaran untuk terjun dari balkoni rumahnya. Tulisnya dia selalu menoleh ke bawah rumah dari tingkat atas, kemudian pejamkan mata untuk melompat.
Secara tidak langsung perkongsian Safiey mencetuskan pelbagai reaksi dari pengikutnya. Ada yang menyifatkan Safiey sedang mengalami tekanan dan juga kemurungan sehingga berfikiran untuk membuat sesuatu di luar jangkaan.
AGAMA MELARANG, DEKATKAN DIRI DENGAN TUHAN
Mereka turut memberi nasihat agar dia tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan agama. Kerana hukuman di sana kelak adalah lebih berat daripada apa yang kita sangkakan. Mendekatkan diri kepada Sang Pencipta adalah jalan yang terbaik ketika berdepan masalah.
Sebagai public figure, Safie tidak dapat lari dari tomahan negatif. Ada yang berpandangan bahawa gambar yang dimuat naik Safie ini hanya untuk meraih simpati semata-mata.
Keseluruhannya, agama kita melarang umatNya melakukan perkara sebegini. Semoga Safiey berfikiran lebih waras dan tidak terburu-buru dalam bertindak.
Sumber: Instagram Safiey Illias