Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Jangan Samakan! Dr. Amalina & Dr. Sheikh Muszaphar Tercalon AME20, Netizen Pertikai Taraf Percalonan Mereka

Bagi yang tidak mengetahui, Anugerah MeleTOP Era (AME) adalah rancangan berbentuk hiburan yang mana ianya keseinambungan daripada Anugerah Era yang dihentikan penganjuran sejak tahun 2008 lagi.

Pemenang yang diiktiraf adalah ditentukan menerusi undian peminat-peminat mereka sendiri. Jadi bagi artis yang mempunyai fan club berpengaruh sudah pasti memiliki kelebihan untuk memenangi anugerah dalam kategori yang dipertandingkan.

KATEGORI BARU DIPERKENALKAN, INFLUENCER MELETOP

Rancangan ini memiliki pengikut tersendiri dan AME 2020 yang bakal berlangsung pada April depan sudah pun membuka undian bagi kategori-kategori yang dicalonkan. Apa yang menariknya pada edisi kali ini adalah mereka telah memperkenalkan kategori baharu.

Sumber Instagram

Kategori tersebut adalah Influencer MeleTOP. Kategori ini menggantikan tiga kategori terdahulu iaitu Program Radio MeleTOP, Penyampai Radio MeleTOP dan Artis Lawak MeleTOP. Dengan munculnya kategori baru ini sekali gus memaparkan muka-muka baru dalam industri hiburan.

CALON ANTARA DARI YOUTUBER TERKENAL

Rata-rata mereka yang tercalon adalah individu yang aktif di media sosial seperti youtuber terkenal Alieff Irfan, Mat Luthfi, Syahmi Sazli, Zukie Mohamad dan ramai lagi. Dalam keterujaan dengan pencalon baru ini, ada segelintir pihak tidak bersetuju dengan barisan calon.

Mereka berpendapat bahawa ada calon yang tidak layak untuk diletakkan sebaris atau sama tarafnya dengan selebriti sosial yang lain. Hal ini ditujukan kepada Dr. Nur Amalina Che Bakri dan juga angkasawan negara Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.

Sumber Instagram

DR. AMALINA DAN DR. SHEIKH MUSZAPHAR ON NEXT LEVEL

Menurut netizen, kedua tokoh ini memiliki kredibiliti dan juga sumbangan yang jauh lebih besar untuk dihargai. Sepatutnya mereka tidak patut duduk sebaris dengan selebriti media yang lain, yang jauh tidak setanding sama sekali.

Umum mengetahui yang Dr. Amalina pernah mengharumkan nama negara suatu ketika dahulu apabila meraih keputusan yang sangat cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kejayaannya kini menjadi doktor perubatan di luar negara dan berkongsi pengetahuan di Twitter.

Sumber Instagram

Untuk Dr. Sheikh Muszaphar pula, dia adalah angkasawan negara yang pertama dan pakar bedah ortopedik. Dengan nama besar kedua mereka ini jelas sekali tidak patut dibandingkan dengan yang lain.

Andai kata kedua mereka tidak berjaya memenangi percalonan ini, sedikit sebanyak ianya menjejaskan nama kedua tokoh ini di mata umum tanpa kita sedar.

Segala keputusan kelak terletak pada pihak produksi rancangan AME itu sendiri. Sama-sama kita nantikan sama ada perubahan akan dibuat atau pun mengekalkan dengan nama percalonan ini.

Kongsi artikel ini: