Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Inovasi Bijak Yang Ditentang! Sufian Suhaimi Hasilkan Produk Bantal Zikir, Namun Netizen Salah Anggap

Ramai berpendapat menjadi artis itu sesuatu yang menyeronokkan. Pergi ke mana sahaja pasti menjadi tumpuan mata orang ramai. Tak kurang hebatnya apabila mereka berpandangan menjadi artis adalah tiket untuk menjadi kaya.

Kekayaan artis boleh didefinasikan berdasarkan bakat dan juga paras rupa. Namun kesemua itu tidak akan kekal lama. Lihat sahaja artis senior, dengan peningkatan bakat baru saban tahun, semestinya persaingan menjadi lebih tinggi.

SEBAGAI ARTIS TURUT BERDEPAN NAIK TURUN

Maka kerjaya artis tersebut boleh merundum sekiranya tiada backup plan. Disebabkan faktor persaingan ini lah ramai antara artis tanah air menjadikan perniagaan antara punca pendapatan kedua mereka.

Tidak lari dari itu, Sufian Suhaimi antara salah seorang mula menceburi bidang ini untuk memastikan pendapatan kekal relevan dan menjamin masa depan. Sehubungan dengan itu, Sufian mengeluarkan produk berbentuk bantal.

SUFIAN HASILKAN BANTAL ZIKIR

Mungkin ianya kedengaran agak lazim tetapi sebenarnya produk bantal Sufian ini adalah sangat berbeza daripada yang ada di pasaran. Dikenali sebagai Zikir Pillow, ia didatangkan dengan lampu, beberapa surah lazim, zikir khas dan doa. Sangat sesuai untuk dijadikan bantal kepada si kecil.

Suatu usaha yang sangat kreatif kerana sehingga hari ini inovasi yang diterapkan Sufian belum dihasilkan mana-mana syarikat lagi. Walau bagaimanapun, tidak semua pihak beranggapan sedemikian.

NETIZEN SIFATKAN SEBAGAI MENUNGGANG AGAMA

Ada segelintir masyarakat kita tidak bersetuju dengan produk bantal zikir penyanyi ini kerana menyifatkan ianya bersifat menunggang agama semata-mata. Jadikan alasan zikir semata-mata untuk melariskan produk.

Tak semua yang berpandangan sedemikian. Ada yang tampil positif menyokong usaha Sufian Suhaimi yang dikatakan sangat berguna untuk menenangkan jiwa bayi dengan pengisian baik sebegini.

Kesimpulannya, tak semua produk yang menggunakan perkataan agama sebagai alasan perniagaan. Kita harus lihat kepada keberkesanan dan kegunaan produk itu sendiri. Jika ianya diwar-warkan melebihi daripada fungsi sebenar, baru lah bersifat strategi pemasaran semata-mata.

Kongsi artikel ini: