Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Ramai beranggapan latah adalah perkara yang menghiburkan. Ramai yang mengambil kesempatan kepada individu yang berlatah sebagai bahan gurauan. Usik sikit bermacam-macam gaya bakal diperagakan oleh individu terbabit.
Latah ini merupakan penyakit saraf yang mana mengakibatkan individu itu tidak sedar tentang apa yang dilakukannya. Malah dia akan mengikut suruhan orang lain dengan spontan, mengeluarkan perkataan ataupun sesuatu dengan keadaan tidak sengaja.
LATAH BOLEH MEMUDARATKAN ORANG SEKELILING
Kesan kepada pelatah ini adalah mengalami kepenatan dan tidak bermaya. Mana tidaknya dengan melakukan aksi di luar kawalan secara berterusan memerlukan tenaga yang banyak. Jika tidak dikawal dari awal, ianya mampu membahayakan nyawa orang di sekitarnya.
Bercerita mengenai latah ini, terbaru seorang pengguna Twitter ada berkongsikan video mengenai seorang wanita yang sedang mengiringi pasangan pengantin. Video ini mendapat perhatian ramai pengguna dek kerana aksi pengapit wanita tersebut.
PENGAPIT WANITA BERUBAH JADI PENARI TARIAN SINGA
Pengapit wanita berkenaan dikenali sebagai Sally Khadeeja telah diusik ketika sedang mengiringi pengantin. Dalam perjalanan, seorang lelaki telah memasang mercun dan tidak semena-mena Sally melatah dan membuat aksi seakan tarian singa.
Dia yang sedang memegang busana pengantin dari belakang secara spontan telah mengambil helaian kain pengantin dan menutup mukanya sambil melompat-lompat. Bagai dirancang, aksinya itu diringi muzik tarian singa membuatkan suasana menjadi kecoh seketika.
HAHAHAHAHAHAH! pic.twitter.com/PPRdZXNGkZ
— Fiq Fikri (@Lelakigeeknew) January 29, 2020
RASA KELAKAR TAPI KASIHAN
Ramai warganet memberikan reaksi yang mana berasa kasihan melihat keadaan Sally. Daripada control ayu terus bertukar penari tarian singa. Ada yang siap berseloroh mengatakan para wanita ini senang sangat untuk berubah.
Dalam kita ketawa melihat aksi latah ini, sebenarnya perlu ada rasa kasihan kepada Sally. Bayangkan jika latahnya itu mendatangkan perkara tidak baik contohnya menarik baju pengantin sampai terkoyak, sudah pasti makin haru majlis dibuatnya.
Justeru, jangan lah kita mengambil kesempatan terhadap individu yang suka melatah ini. Ada banyak lagi hiburan yang boleh kita lakukan berbanding menganiaya golongan sebegini.
Sumber: Twitter Fiq Fikri