Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Niat Nak Tolong! Habis Berjuta Ringgit, Che Ta Naik Hantu Luah Rasa Kecewa Sikap Kontraktor Melayu

Memiliki rumah kediaman merupakan impian setiap orang. Dengan adanya rumah, ia mampu melindungi kita dan juga keluarga daripada panas serta basahnya hujan. Tak kurang hebatnya, rumah adalah simbolik kepada kejayaan seseorang itu dalam kehidupannya.

Namun, untuk memiliki sebuah rumah ini bukan lah sesuatu perkara yang mudah kerana ia menelan belanja yang sangat tinggi. Ini disebabkan penawaran hartanah oleh pemaju yang boleh dikatakan tidak selari dengan permintaan hartanah oleh pembeli.

Sumber Instagram

DUA TAHUN TUNGGU, RUMAH TAK SIAP

Bila kita dah ada rumah, timbul pula perasaan untuk menambah baik dan juga dekorasi seperti diidamkan. Itu lah yang menghantui seorang selebriti terkenal tanah air, Rozita Che Wan atau lebih selesa disapa sebagai Che Ta.

Hampir dua tahun lebih Che Ta ini menahan rasa amarahnya kerana sikap kontraktor yang dilantik dalam mengubahsuai kediamannya. Difahamkan kontraktor tersebut gagal menyiapkan banglo mewah milik Che Ta seperti mana dijanjikan.

Sumber Instagram

KONTRAKTOR BUAT HAL, LARIKAN DIRI

Tak cukup dengan itu, kontraktor tersebut dengan rasa tidak bertanggungjawab telah melarikan diri tanpa menyudahkan kerja-kerjanya. Perasaan amarah ini diluahkan sendiri oleh Che Ta menerusi laman Instagramnya beberapa jam yang lepas.

Jelas Che Ta, dia mengupah kontraktor melayu atas dasar ingin membantu bangsa sendiri. Namun sebaliknya pula yang berlaku apabila bangsa sendiri menujukkan sikap yang sangat memalukan. Sehingga hari ini, banglo Che Ta tidak disiapkan setelah hampir 2 tahun menjalani proses ubahsuai.

Sumber Instagram

KAWAN YANG CADANGKAN, DAH HABIS BERJUTA RINGGIT

Tambah Che Ta lagi, pemilihan kontraktor ini dibuat berdasarkan saranan daripada rakannya sendiri. Denga rasa kecewa Che Ta ada menghubungi kontraktor tersebut namun bermacam-macam alasan yang mereka berikan.

Che Ta memberitahu bahawa dia sudahpun membelanjakan sejumlah wang yang besar, jutaan ringgit kepada kontraktor berkenaan. Tetapi hasilnya sangat lah menghampakan. Niatnya membuka cerita bukan untuk memalukan bangsa sendri.

Sumber Instagram

Itu adalah hakikatnya apabila melayu sendiri membuat kerja sambil lewa dan mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Semoga Che Ta jadikan ini sebagai pengalaman dan lebih berhati-hati dalam mempercayai individu lain. Mungkin juga ujian kerugian ini akan digantikan dengan rezeki yang lebih baik lagi di masa hadapan.

Kongsi artikel ini: