Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Farahdhiya binti Mohd Amin merupakan salah seorang selebriti Malaysia yang mempunyai darah kacukan Malaysia England. Bukan sekadar memiliki paras rupa yang cantik, Farah juga mempunyai suara yang unik.
Dengan kelebihan ini lah menjinakkan dia dalam dunia nyanyian di bawah naungan KRU Records sejak usianya belasan tahun lagi. Walau bagaimanapun rezekinya lebih tertumpu kepada lakonan dan sejak dari itu peminat lebih mengenalinya sebagai pelakon berbanding penyanyi.
PERNAH KENA TEMPIAS KERANA PAKAIAN
Sebagai selebriti, Farah tidak dapat lari dari mulut-mulut masyarakat. Dia pernah menjadi bualan ramai dek kerana pakaian yang boleh dikatakan menjolok mata. Ini adalah lumrah kita sebagai manusia yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.
BACA: [Foto] Betis pun flawless! Farahdhiya menarik perhatian netizen gara-gara peha putih melepak
Masing-masing diuji dengan bahagian masing-masing. Tiada manusia yang tidak pernah melakukan dosa selama hayatnya. Pengalaman dalam kehidupan mematangkan seseorang itu agar menjadi lebih baik. Baru sahaja kehilangan bapanya, Farah kini tampil kuat dalam meneruskan kehidupan.
FARAH DILIHAT BERTUDUNG LABUH
Menjengah sahaja ke laman Instagram artis ini pasti mengujakan ramai peminat. Farah dilihat memuat naik sekeping gambar dengan berhijab dan menitipkan ucapan buat arwah ayah, yang mana seorang insan yang paling bermakna dalam hidupnya.
Sebelum itu juga, Farah juga ada berkongsikan gambar bertudung labuh seakan-akan memberi gambaran sesuatu yang baru berlaku dalam dirinya. Namun tidak dijelaskan atau pun membuat kenyataan rasmi berhubung perkara terbabit.
SEMOGA ISTIQAMAH DAN KUAT MELAWAN RASA RINDU
Sudah pasti dengan imej sebegini ramai netizen memberikan reaksi positif. Rata-rata mereka memuji keayuannya dan menitipkan kata-kata semangat buat Farah supaya terus diberi kekuatan agar melepaskan rasa rindu kepada insan yang sudah tiada.
Cuma ramai peminat meminta agar penampilan Farah dengan berhijab ini diteruskan sampai bila-bila. Mereka turut mendoakan aktres cantik ini kekal istiqamah dalam menutup aurat seiring dengan peningkatan usia.
Sumber: Instagram Farahdhiya