Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Aktor Singapura, Aliff Aziz semakin menjadi-jadi. Namanya menjadi topik hangat di media sosial sejak semalam. Bagai tiada kesudahan, itu lah yang dapat digambarkan kepada Aliff kerana ada sahaja kisahnya yang boleh timbulkan rasa kurang selesa netizen.
BELLA ASTILLAH TIDAK MENOLAK JIKA JODOH BERSAMA ALIFF KEMBALI
Bekas isterinya pula Bella Astillah baru sahaja semalam membuat kenyataan, memberi gambaran bakal kembali semula ke pangkuan suami. Jelas Bella, mereka masih baik dan tidak bermusuh biarpun sudah berpisah sejak Mei tahun lalu.
Ini kerana mereka ada anak, Mohamad Ayden Adrean yang mana perlukan kasih sayang ibu bapa untuk membesar. Tambah Bella, dia tidak menolak dan terima dengan hati terbuka jika berbaik dengan Aliff adalah keputusan terbaik buat Ayden.
ALIFF AZIZ BUAT HAL LAGI, BADAN PENUH TATOO
Tak lama selepas Bella membuat kenyataan ini, kecoh pula suatu video Aliff Aziz di laman Twitter. Dalam video berkenaan memaparkan Aliff berada dalam keadaan separa sedar, seakan mabuk sedang bertengkar dengan seorang lelaki.
Dalam video berkenaan juga menampakkan belakang tubuh aktor Singapura ini dipenuhi dengan tatoo. Dia hanya memakai baju singlet dan berseluar pendek dilihat melarikan diri apabila bertubi-tubi menerima tmbukan dari lelaki tersebut.
Kene halau baii balik jurong, sibuk kawasan orang, cari pasal ,mabuk sampai gaduh pic.twitter.com/lwm66qaA7s
— Pio_Dhurjana (@pio_dhurjana) January 29, 2020
RAMAI WARGANET PERSOALKAN BELLA YANG MEMBERI HARAPAN
Justeru, dengan aksi yang ditunjukkan oleh Aliff ini membuatkan ramai netizen tidak selesa. Mereka mempertikaikan Bella yang seolah-olah memberi harapan untuk kembali kepada bekas suami yang langsung tiada kesedaran diri untuk berubah.
Netizen turut menyifatkan Aliff perlu melindungi Bella dan tunjukkan contoh yang baik buat anak. Lakukan perubahan dalam diri ke arah yang lebih baik terlebih dahulu baru ramai yang akan menyokong.
Tak semua netizen yang berpandangan serong. Ada individu tampil positif apabila memberikan kata-kata semangat dan mendoakan Aliff berusaha untuk berubah kepada yang lebih baik kelak.
Sumber: Twitter pio dhurjana