Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Seperti yang diwar-warkan pihak media sebelum ini bahawa Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom akan mengadakan lima majlis sepanjang perkahwinannya dengan suami, Muhamad Azlan. Dan semalam adalah hari terakhir untuk majlis yang dirancang iaitu menyambut menantu.
MAJLIS SIMPLE TAPI PENUH MERIAH
Difahamkan majlis menyambut menantu ini diadakan di kampung kelahiran suami iaitu di Laloh, Kuala Krai. Biarpun sederhana, dapat dilihat majlis yang diadakan sangat meriah dengan alunan kompang dan kehadiran tetamu di pihak lelaki.
Pelamin pada hari tersebut juga boleh dipuji kerana sangat minimalis dan tidak terlalu sarat dengan hiasan. Maka dengan itu selesai lah sudah kelima-lima majlis yang dimaksudkan. Tak kurang hebatnya apabila Kak Lina dan Azlan dilihat sangat bahagia semenjak bergelar suami isteri.
PENGANTIN KENA BASUH PERIUK KUALI
Dalam adat melayu, setelah selesai sesuatu acara majlis perkahwinan, pasangan pengantin perlu mengambil alih tanggungjawab dalam mengemas serta membasuh segala jenis macam periuk belanga yang digunakan dalam merewang.
Kak Lina sekali lagi menjadi tumpuan apabila tanpa solekan tebal ataupun baju mahal turun padang dalam membersihkan periuk. Tidak keseorangan, Kak Lina melakukan aktiviti tersebut bersama ibu mertua dan juga ipar duai sekali gus menunjukkan keakraban keluarga mereka.
DAH MACAM KAMPUNG PEOPLE
Secara tidak langsung watak Kak Lina dalam drama Kampung People diterjemahkan pada kali ini sejurus majlis menyambut menantu. Hanya mengenakan baju tshirt biasa dan juga selipar berenda sekali gus menghiburkan para peminat.
Perkongsiannya ini mendapat bermacam-macam reaksi pengguna instagram. Bukan sekadar dipuji seorang yang merendah diri, netizen dilihat sempat berseloroh mengatakan bahawa Kak Lina maintain hot biarpun dalam keadaan tonyoh kerak kuali.
Tak lupa juga ada yang mendoakan agar perkahwinan yang bina kali ini kekal bahagia untuk mereka berdua dan menjadi isteri yang baik buat Cikgu Azlan kelak.
Sumber: Instagram Elly Mazlein