Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tetap Redha Biarpun Dianiaya! Jatuh Talak 3 Terhadap Isteri Kedua, Vivi Mohon Amar Beri Kerjasama

Sesuatu perkahwinan dibina bukan sekadar rasa cinta. Ianya memerlukan kepercayaan dan diikuti rasa tanggungjawab antara pasangan suami isteri. Disebabkan ini lah bukan mudah untuk seseorang lelaki itu berpoligami.

Mereka perlu bersifat adil terhadap antara isteri yang dikahwini. Sikap adil meliputi segala hal termasuk zahir dan batin. Jadi perkara sebegini tidak boleh dipandang enteng kerana yang bakal teraniaya adalah si isteri kelak.

CINTA TIGA SEGI, MACAM DRAMA

Bercerita mengenai kahwin ramai, seorang selebriti ini pernah menjadi bualan netizen sejak akhir tahun lepas. Ianya berikutan perkahwinan keduanya yang dibuat dalam diam-diam dan juga seorang gadis tampil mendedahkan hubungan cinta mereka berdua tanpa pengetahuan isteri.

Amar Asyraf didakwa bermain cinta dengan seorang gadis yang dikenali sebagai Ellika Azman. Namun kisah cinta mereka dibongkarkan dan terputus di tengah jalan atas faktor Ellika baru tahu yang Amar dah berkahwin dua dan mengabaikan tanggungjawab sebagai suami.

Kisah cinta Amar dan Ellika pernah hangat diperkatakan

BACA: Sebijik macam drama! Dah ada 2 isteri, wanita ini dedahkan dilamar Amar Asyraf sebagai isteri baru

JATUH TALAK TIGA KEPADA ISTERI KEDUA

Terbaru difahamkan pelakon kacak ini telah pun melepaskan isteri keduanya, Vivi Jeffry dengan talakk tiga. Hal ini diakui sendiri oleh Vivi menerusi laporan mStar Online. Jelas Vivi perkara ini berlaku sejak November tahun lepas lagi secara bersemuka.

Walau bagaimanapun sehingga hari ini Amar enggan memberi kerja sama dan mendiamkan diri dalam urusan di mahkamah. Tak cukup dengan itu, Amar turut menyekat Vivi dari menghubunginya menambahkan lagi kesukaran untuk menyelesaikan konflik ini.

Amar dan Vivi

TERPAKSA DAPATKAN KHIDMAT PEGUAM

Tiada cara lain lagi, akhirnya Vivi mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat peguam dalam membantu menguruskan proses pencraian ini. Awalnya mereka berdua bersetuju untuk selesaikan dalam diam namun sebaliknya pula berlaku.

Tambah Vivi lagi, dia sedar akan nama baik Amar sebagai seorang artis dan disebabkan itu lah dia sanggup untuk menyimpan segala rahsia selama mereka bersama. Sehingga saat ini, Vivi reda dengan pergolakan dalam rumah tangganya kerana menyedari status diri sebagai isteri kedua.

Amar dan isteri pertamanya

Namun apa yang diharapkan kini adalah kerjasama dari pihak Amar agar menyelesaikan urusan pencraian rumah tangga mereka agar dia dapat meneruskan kehidupan seperti biasa kelak.

Sama-sama kita doakan agar Amar dan isteri menemui kebahagiaan yang dicari dan dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.

Kredit: mStar Online

Kongsi artikel ini: