Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Lupakan Protokol Rasmi! Sikap Tengku Hassanal Berpayung Sambil Kutip Cermin Kereta Jadi Perhatian

Keluarga KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa sering menjadi perhatian oleh kerana sikap baginda yang sangat menyantuni rakyat dan sering mencemar duli dengan melakukan aktiviti bersama rakyat jelata.

Baginda dan Raja Permaisuri Agong sering dilihat menjamu selera di restoran biasa seperti rakyat marhain yang lain. Pernah juga tersebar kisah Al-Sultan Abdullah memesan sendiri makanan di salah sebuah restoran makanan segera dan membuktikan Raja berjiwa rakyat.

BAGINDA AGONG MENCEMAR DULI MELIHAT MASALAH RAKYAT

Baginda Agong sangat disenangi oleh rakyat Malaysia dengan sikap lemah lembutnya. Pagi tadi baru sahaja berlakunya kecelakaan Plaza Tol Lebuhraya MEX Putrajaya. Berikutan kejadian, baginda berkenan untuk turun dari kenderaan rasmi bagi melihat sendiri keadaan mangsa.

Difahamkan baginda Agong dalam perjalanan ke Istana Melawati untuk ke Majlis Menghadap Pra Kabinet bersama YAB Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

MENJADI IKUTAN TENGKU MAHKOTA PAHANG

Sikap baginda Agong ini turut menjadi ikutan anakandanya yang juga merupakan Tengku Mahkota Pahang iaitu Tengku Hassanal Shah. Apa yang menarik adalah apabila baginda turut melakukan perkara yang sama apabila sudi menjengah bertanya khabar mangsa kemalngan.

Hal ini dimuat naik baginda menerusi laman Instagram sambil memperingatkan orang ramai agar memandu dalam keadaan berhati-hati ketika cuaca hujan lebat.

 

View this post on Instagram

 

Drive carefully when it rains.

A post shared by KDYMM Tengku Hassanal Shah (@this.7) on

PEGANG SENDIRI PAYUNG

Dalam video yang dimuat naik juga, dapat dilihat Tengku Hassanal keluar dari kereta sambil memegang sendiri payung dan menghampiri ke tempat kejadian nahas.

Menjengah ke ruangan komen Instagram baginda, ramai warganet memuji tindakan yang dilakukan Tengku Hassanal ini. Dengan mengetepikan protokol rasmi dan juga status sebagai raja, ramai yang bangga sikap Tengku Hassanal mewarisi dari ayahandanya baginda Agong.

Tingkah laku ini sesungguhnya adalah daripada didikan dan juga teladan yang baik. Ianya membuatkan rakyat berasa selesa dan berterima kasih di atas sifat prihatin baginda kepada rakyat.

Sumber: Instagram Istana Negara, Tengku Hassanal Shah

Kongsi artikel ini: