Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dah Kantoi! Citarasa Luar Negara, Sajat Pilih Jejaka Lebanon. Coach Yin Titip Kata-kata Buat Bekas Kekasih

Hidup di zaman teknologi ini sangat lah berbeza berbanding 10 tahun yang dulu. Tidak dinafikan dengan kemudahan internet pantas memudahkan banyak urusan kita setiap hari. Dan kerana internet juga lah segala berita di pelusuk dunia mudah untuk kita ketahui.

Bercerita mengenai teknologi internet ini, ianya ada kaitan dengan usahawan kosmetik, Sajat dan juga teman lelakinya iaitu Coach Yin. Ini kerana dengan akses internet lah menyebabkan Sajat terkantoi dengan Coach Yin tentang teman lelaki barunya.

Sajat bahagia bersama kekasih baru, Jadooss

BONDA ROZITA KANTOIKAN LEBAM SAJAT

Memang sebelum ini mereka berdua telah pun ada konflik yang mana Sajat didakwa menjadi mangsa baran Coach Yin. Sekali gus memberi gambaran bahawa hubungan kedua mereka berantakan. Katanya ini bukan kali pertama dia menghadapi situasi berkenaan.

BACA: Hubungan berantakan! Sajat beri gambaran badan jadi mangsa, akibat baran Coach Yin

Namun tak lama selepas itu, Bonda Rozita pula ada mengeluarkan kenyataan tentang kesan lebam di badan Sajat. Jelas Bonda Rozita, Sajat ada terjatuh ketika mereka bersama-sama bercuti di luar negara. Dan dari situ lah timbulnya kesan lebam.

Sekali lagi warganet berasa sedikit meluat dengan propa yang dilakukan oleh usahawan ini. Sengaja mencari publisiti dan mendapat belas dari orang ramai. Coach Yin juga ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia dilayan seperti sampah dan diherdik dengan pelbagai macam perkataan.

BACA: Katanya mangsa baran Coach Yin! Akhirnya Bonda Rozita kantoikan kejadian sebenar menimpa Sajat

SAJAT JUMPA CINTA BARU, CITARASA LUAR NEGARA

Bagaikan dah move on dengan hubungan Coach Yin, Sajat dilihat ada memuat naik bersama jejaka baru yang dikatakan berasal dari Lebanon. Difahamkan jejaka bernama Jadoos ini bukannya biasa-biasa, kerana dia merupakan model serta peserta Mr Photogenic Lebanon 2019.

Yang menjadi perhatian penulis adalah status yang dimuat naik bekas kekasih Sajat. Coach Yin dilihat berasa kecewa kerana selama ini dirinya berasa tertipu dengan tindak tanduk Sajat. Dengan adanya Instagram, terserlah lah segala perbuatan yang dilakukan Sajat dibelakangnya.

Coach Yin akur kepercayaannya dirobek

COACH YIN AKUR, DAH MOVE ON

Tidak mahu menyimpan lama perasaan kecewa, Coach Yin akur dengan perbuatan dan kejadian yang berlaku. Jelasnya dia kini sudah pun bahagia dengan kehidupan baru dan mendoakan yang terbaik kepada bekas kekasih hati kerana pernah menjadi yang istimewa buat dirinya.

Sumber Instagram

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut Coach Yin memberikan kata-kata semangat. Mereka mendoakan agar Coach Yin terus kuat dan berjumpa dengan wanita yang lebih baik lagi daripada yang sebelum ini.

Sumber Instagram

Apa pun, move on sahaja lah Coach Yin. Benda dah jadi depan mata dan buat apa mengharapkan perkara yang boleh memudaratkan.

Sumber: Instagram Coach Yin

Kongsi artikel ini: