Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Golongan rapper di Malaysia memang sangat dikenali oleh kerana mereka adalah golongan minoriti dan jarang muncul. Namun begitu, MK K-Clique kini kerap menjadi perhatian media dan juga netizen dengan isu yang melanda dirinya. Ramai anak muda yang menjadikannya sebagai idola.
PEMAKAIAN AKSESORI EMAS
Baru baru ini, artis rapper kegilaan ramai ini tampil memohon maaf dek kerana pemakaian emas yang dijadikan sebagai aksesori tambahan. Ramai warganet yang muncul menjadi hakim dan menghukumi dirinya namun begitu masih ramai juga peminat yang menyokong dirinya.
MENDAPAT RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN
Muhammad Hairi Amin bin Hamdan atau rapper kegilaan gadis gadis ini sangat terkenal dengan nama MK menjadi perhatian apabila dikatakan menerima rawatan perubatan di sebuah pusat perubatan kerana tidak sihat.
Terbaru, Video yang berdurasi kurang dua minit itu menunjukkan keadaan MK yang sangat takut menerima suntikan di pusat perubatan tersebut berbeza dengan perwatakannya yang ditunjukkan kepada umum.
Video itu mendapat pelbagai respon daripada peminatnya dan juga warganet. Perkongsian oleh seorang remaja di akaun twitter ini mendapat 5 ribu kicauan dan juga 5 ribu suka daripada netizen twitter.
KATA TETAP ‘LANGGAR’ TAPI JARUM PUN TAKUT
Terdahulu kisah MK ‘langgar’ sahaja pemakaian emas kepada kaum lelaki dari segi islam, kelihatan begitu takut apabila mendapat rawatan menggunakan jarum itu. Reaksi spontan daripada MK itu telah menerima rasa tidak senang ekoran kontroversi terbaru dirinya itu.
— 70E (@benygtersakiti_) January 27, 2020
Pelbagai komen yang dilemparkan oleh warganet kepada dirinya. Rata rata mereka menyatakan perbezaan ketika menerima suntikan dan juga ketika memberi kenyataan mengenai pemakaian emas bagi kaum lelaki sebagai hiasan tambahan.
Sumber : Twitter 70E