Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cinta monyet! Bapa Nik Adam menafikan status orang ketiga bagi hubungan Matilda dan Hezriq Shah

Terdahulu pelakon cilik Matilda mengaku sedang menjalin hubungan cinta dengan Heqriq Shah dan telah pun mendapat restu daripada kedua ibu bapa bagi hubungan itu. Mereka berdua kelihatan sering memuat naik status stori di akaun Instagram milik masing masing.

PUTUS DI TENGAH JALAN OLEH ORANG KETIGA

Dalam hangat kisah cinta yang tular itu, mereka telah pun memuat naik status bahawa hubungan mereka kini berakhir disebabkan orang ketiga iaitu Nik Adam. Dalam kesibukan dunia dengan wabak, pelakon cilik ini tidak menghiraukan hal itu, namun kisah cinta mereka menjadi perhatian.

Sumber Instagram

BACA : Hubungan Cinta Pelakon Cilik Direstui Ibu Bapa Berakhir Di Tengah Jalan! Darjah 6 Dah Main Kayu 3

Cinta itu sememangnya lumrah manusia namun begitu kisah cinta pelakon cilik berusia 12 tahun ini diibaratkan seperti cinta monyet kerana keduanya belum pun matang untuk pengalaman kehidupan dan masih jauh perjalanan.

BAPA ORANG KETIGA TIDAK MERESTUI

Bapa kepada pelakon cilik Nik Adam Mika iaitu Nik Mohd Adli telah menafikan dakwaan bahawa kononnya Nik Adam telah menjadi punca terputusnya perhubungan cinta antara Duerra Matilda dan Hezriq Shah.

Sumber Instagram

Tambah Nik Mohd Adli lagi anaknya yang kini berusia 10 tahun masih belum memahami perasaan cinta lagi, dan hanya selesa untuk berkawan dengan Matilda. Dakwaan menjadi orang ketiga itu sama sekali di tolak oleh bapa kepada Nik Adam.

Sumber Instagram

Jelasnya lagi, Adam yang masih kecil itu hanya tahu erti berkawan dan bermain seperti kanak kanak seusia dengannya dan tidak mampu lagi mengetahui apa itu istilah cinta. Hubungan kawan antara mereka tidak pun dihalang.

Sumber Instagram

KAPSYEN SWEET ITU TANDA TERIMA KASIH

Menurutnya lagi, kapsyen di Instagram itu adalah disebabkan ucapan terima kasih kepada ibu Matilda kerana menjaga Adam di set penggambaran ketika ketiadaannya bersama Adam. Dia juga menjelaskan bahawa dia tidak mahu popularity anaknya itu meningkat naik atas sebab cerita dongeng seperti ini.

Sumber : mStar

Kongsi artikel ini: