Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Rintihan rakyat didengari! TMJ tampil bersuara isu wabak

Wabak corona yang berasal daripada Wuhan yang merupakan satu daerah di pertengahan negara China itu masih lagi aktif dan dilaporkan telah ramai yang dijangkiti sehingga ke hari ini terutamanya warga negara China sendiri. Wabak itu sudahpun dikenalpasti di beberapa negara di seluruh dunia termasuklah negara kita, Malaysia.

LARI DARIPADA NEGARA SENDIRI

Disebabkan kes yang sedang hangat ini, ramai pelancong daripada tanah besar China yang mengambil keputusan untuk lari daripada negara sendiri dengan terbang ke negara lain atas alasan sebagai percutian.

BACA : Lari dari wabak coronavirus! Pulau Langkawi bakal menerima ribuan pelancong dari Nanjing, China

Terbaru menurut kenyataan akhbar rasmi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerajaan telah menggantungkan sementara segala urusan imegresen bagi Visa Semasa Ketibaan untuk rakyat Wuhan dan juga daerah Hubei, China bagi mengelakkan perluasan penyebaran wabak corona ini.

Sumber Twitter

Keputusan yang telah dibuat ini merupakan keputusan perbincangan bersama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Perbincangan pakar pakar adalah bagi membendung wabak ini terus mengjangkiti seluruh penduduk dunia.

Sumber Twitter

TMJ BERTITAH DI MEDIA SOSIAL

Dalam pada masa yang sama, Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, TMJ ada muat naik satu posting di akaun twitter dengan bertitah bahawa pihak yang bertanggungjawab mestilah menangani wabak ini secara serius daripada terus merebak.

Sumber Twitter

“Tak kan nak tunggu kritikal baru nak ambik tindakan. Sekurang kurangnya buat lah satu perkara yang betul. Hanya satu. Dengar suara rakyat” – Titah TMJ

Tweet yang dimuat naik itu telah mendapat kicauan sebanyak 13k dan juga suka 12.2k. Hal ini terbukti bahawa netizen dan warga net semua mengambil kisah akan perihal yang dititah oleh TMJ di laman sosial.

NETIZEN MEMPUNYAI PANDANGAN TERSEDIRI

Tweet itu juga mendapat perhatian warganet dan ramai yang memberi maklum balas yang positif dan juga sebaliknya. Mereka berpendapat bahawa TMJ perlu bertindak bagi menenangkan rakyat jelata dan bukannya hadir di sosial media dengan mecetuskan panik dalam kalangan rakyat.

Sumber Twitter
Sumber Twitter

Menurut warganet lagi, ini kerana setiap keputusan yang akan dibuat merupakan satu perbincangan pakar mengikut Standard Operating Procedure (SOP) sebelum membuat apa jua keputusan yang dalm keadaan genting seperti ini.

Sumber : Twitter KKM, Twitter HRH Crwon Prince of Johor 

Kongsi artikel ini: