Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kisah wabak coronavirus bukan lah isu baharu. Ianya menjadi topik hangat di banyak negara besar. Sehingga hari ini, telah banyak negara yang cuba menyekat kedatangan pelancong dari warganegara China daripada melepasi negara mereka.
Ianya berikutan tahap penyebaran wabak ini yang sangat kritikal dan mudah untuk dijangkiti manusia. Kesannya sangat lah kritikal sehingga boleh mengancam nyawa kita. Setakat ini tiada lagi vaksin yang mampu menyembuhkan coronavirus.
PALING CEPAT MEREBAK
Cuma hanyalah mampu untuk mencegah dengan pemakaian topeng muka, kerap kali membasuh tangan, elak dari bersentuhanan dengan individu yang tidak dikenali dan banyak lagi. Walau bagaimanapun hal tersebut belum tentu menjamin daripada dijangkiti.
Tanpa mengenal latar belakang, wabak ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Keadaan terbaru apabila penyanyi yang mula mencipta nama dalam industri muzik iaitu Ika Mustafa difahamkan sedang dikuarantin di Hospital Sungai Buloh sejak petang semalam.
IKA DISYAKI SETELAH PULANG DARI HAIKOU
Dia disyaki terkena wabak coronavirus ini setelah pulang dari negara Tembok Besar tersebut atas urusan kerja. Jelas Ika, ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Haikou, dia ada perasan warga emas rakyat China dalam keadaan tidak sihat.
Keadaan batuk teruk dan juga hingus yang sentiasa meleleh membuatkan penyanyi Damaikanlah ini berasa sedikit gusar namun masih positifkan diri agar fikiran tidak terganggu untuk meneruskan kerja.
DEMAM PANAS DAN BATIK YANG TERUK
Beberapa hari kemudian, setelah pulang ke Malaysia, keadaannya masih lagi sihat tetapi keesokan harinya dia mula hilang suara dan tekak mulai sakit. Diikuti demam panas serta muntah yang teruk. Sejurus itu Ika terus ke klinik berhampiran lantas terus dirujuk ke Hospital Sungai Buloh atas faktor berjaga-jaga.
Sehingga hari ini keadaan Ika masih lagi dirawat dan dikuarantin sehingga lah analisa selesai. Dia meminta agar orang ramai mendoakan kesihatannya agar kembali sihat dan negatif dari wabak dimaksudkan.
Jelas lah bahawa wabak coronavirus ini bukan kaleng-kaleng. Ianya mampu melumpuhkan sistem tubuh badan dalam jangka masa yang singkat. Diingat orang ramai menjaga kebersihan dan elak daripada berada di kawasan sesak.