Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Hubungan Cinta Pelakon Cilik Direstui Ibu Bapa Berakhir Di Tengah Jalan! Darjah 6 Dah Main Kayu 3

Cinta itu adalah lumrah bagi manusia. Kita yang diciptakan mempunyai perasaan dan hawa nafsu tidak dapat lari dari meminati seseorang untuk dijadikan pasangan hidup. Cinta juga memerlukan kesetiaan bagai menjamin masa depan sesuatu hubungan itu.

Kisah cinta antara pasangan kanak-kanak iaitu Hezriq Shah dan Duerra Mitilda pernah menjadi tumpuan sebelum ini berikutan hubungan mereka berdua dikatakan telah pun mendapat restu dari kedua-dua penjaga.

BERANI TAYANG BF KAT INSTAGRAM

Sebelum ini, Mitilda yang baru sahaja berusia 12 tahun sudah pun berani menayangkan buah hati di laman instagramnya. Mereka dilihat sering melakukan aktiviti  bersama-sama. Dah macam pasangan dewasa sedang dilamun cinta lagaknya.

Cinta monyet! Itu lah yang dapat digambarkan terhadap perhubungan mereka berdua apabila difahamkan telah pun berakhir. Mereka dilihat saling berbalas dengan memuat naik status di insta story masing-masing.

MITILDA DAH TINGGALKAN HEZRIQ DEMI CINTA BARU

Ura-ura mengatakan Mitilda yang mengambil keputusan untuk tinggalkan Hezriq. Jelas Hezriq, tiada gunanya lagi dia dambakan kasih sayang untuk pasangan yang reti untuk hargai cinta sejati. Mereka juga dikatakan sering bertelagah kerana sikap cemburu Hezriq.

Mana tidaknya Mitilda sebagai artis dilihat rapat dengan rakan artis lelaki yang lain, siap bergambar dan membuat video tik tok menambahkan lagi rasa kurang selesa Hezriq. Tak tahan dengan itu, mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Dalam pada itu, Hezriq memberitahu yang bekas kekasihnya sudah pun menemui pengganti dirinya iaitu Nik Adam Mika.

DULU JANJI SETIA SAMPAI KAHWIN

Ternyata perkhabaran ini membuatkan warganet memberi bermacam-macam respon terhadap perakhiran hubungan pelakon cilik ini. Dahulu bukan main gah bercakap untuk berjanji setia sehingga ke jinjang pelamin.

Tak kurang juga ada yang terkilan kerana kecil-kecil dah pandai bermain cinta tiga segi sedangkan netizen yang dah dewasa pun masih lagi tercari-cari pasangan hidup.

Bagi penulis ibu bapa memainkan peranan dalam menjaga tingkah laku anak-anak. Tidak sepatutnya didedahkan dengan hal-hal cinta di usia yang sangat muda kerana ianya memberi kesan dan mempengaruhi kehidupan dewasa kelak.

Semoga kisah Mitilda dan Hezriq ini memberi pengajaran buat ibu bapa supaya tidak memberi muka dan berjaga-jaga dengan kehidupan anak.

Kongsi artikel ini: