Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Wataknya mungkin tidak terkenal seperti mana penyanyi utama kumpulan Caliph Buskers. Namun tanpa dia tak mungkin kumpulan ini akan berada di puncak kejayaan pada hari ini. Dia ialah Fendy Abdullah.
Fendy merupakan pemain drum bagi kumpulan ini. Sebagai rekod, Fendy telah berkahwin dengan ahli kumpulan itu juga iaitu Nadira Rubiana pada Mei 2014. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang kini sudahpun berumur 5 tahun, Nurazalea Zafirah.
TAK SANGKAN DUA TAHUN BAWA HALUAN MASING-MASING
Siapa yang menyangkakan janji untuk kekal hidup bersama tidak seperti direncanakan. Perancangan Allah lebih berkuasa terhadap hambaNya. Dikhabarkan Fendy dan Nadira telah pun membawa haluan masing-masing.
Yang mengejutkan lagi apabila keadaan tersebut sudahpun berlalu dua tahun yang lepas lagi. Cuma keadaan tidak mengizinkan menjadi asbab Fendy merahsiakan daripada pengetahuan umum. Berita ini disahkan sendiri oleh Fendy menerusi akaun instagramnya semalam.
PERIT UNTUK MELUAHKAN
SEMOGA DAPAT JADI SAHABAT BIAR PUN BERPISAH
Melihat kepada reaksi peminat, ramai yang memberikan kata-kata positif terhadap pemain drum ini. Mereka mendoakan agar kedua mereka dapat menjadi sahabat baik meskipun sudah tidak bersama lagi demi kebahagiaan anak kelak.
Semoga urusan Fendy dan juga Nadira dipermudahkan serta menemui kebahagiaan yang dicari. Jadikan pengalaman dalam berumah tangga mematangkan kehidupan masing-masing agar tidak berulang lagi dalam kehidupan yang baru.
Sumber: Instagram Fendy Caliph Buskers