Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tiada kelibat Ilya Senario dalam Sepahtu Reunion! Tak sepatutnya sekat rezeki artis macam ni

Program berbentuk hiburan iaitu Sepahtu Reunion Live antara rancangan televisyen yang paling diminati oleh masyarakat di negara kita. Mana tidaknya gelagat nakal yang dibawakan oleh Jep, Shuib, Pak Ya dan juga Rahim sememangnya dinantikan oleh orang ramai.

Sumber Instagram

Setiap minggu ada sahaja topik kekeluargaan yang bersifat pengajaran yang ditampilkan mereka ini. Di samping itu juga, mereka turut dibantu oleh artis jemputan, cameo yang mana mereka sendiri tidak tahu siapa bakal artis yang akan dijemput pada miggu tersebut.

DUA MINGGU TANPA KELIBAT PAK YA

Walau bagaimanapun, Sepahtu Reunion Live 2020 memberikan sedikit kehampaan kepada peminat mereka. Difahamkan salah seorang anggota mereka, iaitu Pak Ya sudah pun dua minggu tidak muncul bersama rancangan ini.

Sumber Instagram

Kumpulan Sepahtu turut memberikan kenyataan bahawa rakaman Sepahtu Reunion Al-Puasa yang sepatutnya diadakan pada 26 Januari 2020 turut ditangguhkan berikutan ketiadaan Pak Ya. Sekali gus ianya mencetuskan tanda tanya ramai pihak ke mana hilangnya pelawak senior ini.

PAK YA DIGAM DARI MUNCUL DIKACA TV

Ura-ura memberitahu bahawa Pak Ya telah pun dihalang atau lebih tepat lagi digam dari muncul di kaca televisyen. Ini kerana tindakan Pak Yan dan ahli kumpul Rare telah menyentuh hal kerajaan sewaktu menyertai Maharaja Lawak 2019 yang berlangsung baru-baru ini.

Yang menguatkan lagi dakwaan ini adalah apabila rakan artis, Shahrol Shiro ada memuat naik status di laman instagramnya berhubung dakwaan tersebar. Shahrol berasa kesal dengan perkara yang menimpa Pak Ya kerana hanya mengkritik pihak pentadbiran negara.

Sumber Instagram

Seolah-olah tidak boleh menyentuh hal kerajaan, Shahrol di akhir penulisannya meminta agar pihak berwajib menimbang semula sekatan ini dan tidak menindas rezeki golongan orang seni.

PEMINAT LUAH RASA KECEWA

Melihat ke ruangan komen, ramai peminat terkejut nasib yang menimpa Pak Ya ini. Mereka menzahirkan rasa kecewa dan berharap Pak Ya dikembalikan semula dalam watak Sepahtu Reunion Live selepas ini.

Sumber Instagram

Semoga urusan Pak Ya dan kumpulan Sepahtu dipermudahkan urusan selepas ini dalam menjalankan tugas sebagai orang seni.

Kredit: Instagram Shahrol Shiro

Kongsi artikel ini: