Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Negara kita, Malaysia terkenal dengan kehidupan masyarakat berbilang bangsa. Ianya diakui sendiri oleh ramai pemerintah luar bahawa keamanan dan tolenrasi antara rakyat Malaysia ini patut dicontohi kerana ianya bukan perkara yang mudah untuk digalas.
Bila kehidupan dengan pelbagai bangsa dan agama, perkara yang perlu diutamakan adalah rasa hormat. Dengan adanya sikap sebegini sudah pasti salah faham tentang sesuatu isu dapat dimenterai dengan jayanya.
BENDA BIASA TAPI JARANG YANG MELAKUKAN
Baru-baru ini, kisah remaja Cina mendapat pujian ramai warganet. Dia hanya melakukan suatu perkara yang biasa namun kesannya sangat bermakna untuk anak muda. Menerusi perkongsian laman Facebook Rakan Muslimah Al-Falah II ada menceritakan kisah yang terjadi.
Remaja Cina yang dimaksudkan telah membantu seorang lelaki berumur dalam keadaan uzur untuk ke masjid bagi mendirikan solat Jumaat. Difahamkan kejadian itu berlaku di Masjid Al Falah USJ 9, Subang Jaya.
PIMPIN PAKCIK TUA, TUTUP KEPALA DENGAN TANGAN
Remaja berkenaan tanpa ada sifat perkauman telah memimpin tangan pakcik tua turun dari kereta. Tak terhenti di situ, dengan suasana hujan renyai membuatkan remaja tersebut menggunakan tapak tangan bagi menghalang kepala pakcik terkena tempias air hujan.
Susah untuk kita jumpa sikap sebegini dewasa ini. Memandangkan anak muda lebih sibuk dengan kehidupan sendiri tanpa menghiraukan orang lain. Ternyata sikap terpuji yang ditampilkan remaja cina ini harus dijadikan sebagai tauladan.
HARAP DAPAT JADI CONTOH BUAT ANAK MUDA
Rata-rata perkongsian ini mendapat reaksi baik dari netizen. Ramai yang mengagumi usaha murni yang ditunjukkan itu. Turut ada yang mendoakan remaja berkenaan mendapat hidayah kelak.
Sebenarnya sikap sebegini harus dipupuk dari awal lagi. Memandangkan kita hidup dalam perbezaan agama, anak-anak kecil perlu dibesarkan bersama tanpa ada jurang antara mereka. Ajar anak-anak untuk menghormati dan bantu membantu tanpa mengira warna kulit.
Kredit: Facebook Rakan Muslimah Al-Falah II