Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Lari dari wabak coronavirus! Pulau Langkawi bakal menerima ribuan pelancong dari Nanjing, China

Kisah wabak coronavirus mencetuskan kegelisahan semua penduduk dunia. Difahamkan wabak ini mampu dijangkiti sepantas kilat dan memberikan kesan buruk kepada individu yang dijangkiti. Sehingga kini, masih belum ada vaksin yang mampu menghalang coronavirus.

BACA: Makanan pelik! Wabak Virus Korona merebak di China oleh pemakanan haiwan eksotik

Penduduk di Wuhan, China antara penyumbang terbesar kepada kecelaruan wabak ini. Dan merisaukan penduduk Malaysia sendiri adalah apabila hampir 180 pelancong dari Nanjing, China baru sahaja tiba di Pulau Langkawi.

LANGKAWI BAKAL MENERIMA 3,600 ORANG PELANCONG CHINA

Menurut perkongsian dari laman Facebook Muslim Guide, akan ada 20 lagi penerbangan dari negara tersebut yang dijadualkan bakal tiba di Pulau Mahsuri dan menjadikan keselurahan warga China bakal tiba seramai 3,600 orang kesemuanya.

World Health Organisation (WHO) telahpun memperingatkan banyak negara bahawa wabak ini sangat aktif dan perlu dipantau ketat. Sebaliknya berlaku di negara kita apabila ianya masih terbuka luas buat warga China yang berisiko tinggi.

BUKAN MELANCONG TAPI MELARIKAN DIRI, SIAP SEWA KHAS MALINDO

Rakyat China yang dikatakan datang untuk melancong sebenarnya adalah bertujuan melarikan diri dari wabak coronavirus di Wuhan dengan menyewa khas Malindo Air. Mungkin ramai yang tak sedar bahawa Nanjing dan Wuhan adalah daerah berdekatan dan cara permakanan mereka turut sama.

Perkongsian asal Muslim Guide

Kisah pelancong China yang datang secara beramai-ramai bukan sesuatu mitos atau direka-reka. Ianya turut disokong kuat oleh seorang pengguna Facebook lain yang dikenali Shahrul Nizam yang sedang melaksanakan program sukarelawan di pulau tersebut.

TAKKAN MELANCONG SECARA TIBA-TIBA DALAM JUMLAH YANG RAMAI

Menurutnya, dia terserempak dengan warga China di lapangan terbang. Jumlahnya berbeza dengan keadaan sebelum ini kerana terlalu ramai dalam masa singkat. Husnuzon, Shahrul hanya berfikir positif, tujuan mereka ke sini untuk menyambut Chinese New Year barangkali.

Secara keseluruhan, pihak kerajaan sepatutnya mengambil langkah selamat dengan menyekat dahulu sementara waktu aktiviti pelancongan ataupun menerima pelancong dari negara China terutamanya. Ini bagi memastikan wabak tersebut dapat dielak dari tersebar ataupun terkena masyarakat kita.

Sumber: Facebook Muslim Guide, Shahrul Nizam

Kongsi artikel ini: