Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan sekali lagi menjadi topik hangat sejak semalam gara-gara isteri keduanya Hana Azraa ada mengeluarkan kenyataan bahawa suaminya kini sedang bermain cinta dengan wanita lain ketika dia sedang sarat mengandung.
Hana turut mendedahkan wajah individu yang dikatakan teman wanita kepada suaminya itu. Sekali gus, ramai menyifatkan Hana melulu dan meminta dia dan suami berbincang terlebih dahulu sebelum menyebarkan kisah ini.
PU ABU NAFI DAKWAAN HANAA AZRAA
Mengulas tentang dakwaan isterinya semalam, terbaru PU Abu mengambil maklum hal yang dibualkan media dan dia tampil menjelaskan perkara yang sebenar. Jelas penceramah selebriti ini, apa yang diberitahu isterinya itu adalah bersifat spekulsi dan bukan lah berdasarkan kenyataan sebenar.
Jelas PU Abu, gambar yang disebarkan juga tidak pasti kesahihannya lagi kerana lebih bersifat untuk mengaibkan seseorang. Dia yang kini berada di Mekah dalam menjalankan tugas meminta netizen dan pihak media jangan cepat melatah.
EMOSI ISTERI KURANG STABIL
Dia yang dijangka bakal balik dalam masa terdekat akan mengeluarkan kenyataan sebenar bagi menjelaskan situasi yang terjadi. Enggan ada salah faham, PU Abu menjelaskan sikap isterinya bertindak melulu berlandaskan emosi kurang stabil ketika hamil.
Meskipun pernah terpalit dengan isu bermain kayu tiga sebelum ini, dia tampil nekad untuk menjadi individu yang lebih baik.
MOHON JANGAN SIARKAN KISAHNYA SELAGI DIA BELUM BUAT KENYATAAN
Dalam pada itu, PU Abu turut memohon pihak media tidak menyiarkan apa-apa kisah mengenainya sehingga lah kenyataan dikeluarkan dari dirinya sendiri kelak.
Diharapkan dengan perkongsian PU Abu ini menjawab segala persoalan dan desas –desus yang melibatkan perkahwinan mereka berdua.
Sumber: Instagram sufyanmokhtar