Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Romantik betul! Dr. Erin cerita sikap suami, sentiasa ada 24 jam di sisi. Makan pun bersuap macam baby

Perkahwinan antara Da’i Farhan dengan Dr. Erin pernah menjadi buah mulut orang ramai berikutan keputusan mengejut suaminya itu dengan meninggalkan isteri pertama yang sedang sarat mengandung.

Keduanya sangat serasi apabila dilihat banyak meluangkan waktu dan melakukan aktiviti harian bersama-sama. Dan terbaru, Erin ada berkongsikan kebaikan suaminya dalam menunaikan tanggungjawab sebagai suami yang ramai terlepas pandang.

Menerusi instagram, awalnya Erin memberitahu yang dia terpaksa dikuaranti atas faktor kesihatan. Jelasnya, ini adalah peringatan daripada Tuhan. Ada hikmah yang ingin ditunjukkan dengan ujian ini. Selain itu, dia turut dilihat sempat memberi nasihat dalam berkawan.

KENA BERTOLAK ANSUR BILA BERKAWAN

Isteri Farhan memberitahu bahawa bila berkawan ni, kita perlu lebih banyak bertolak ansur dan tidak terlalu berkira. Masing-masing sudah pasti ada kelemahan diri. Jadi lebih elok sekiranya kita berbincang terlebih dahulu sekiranya ada isu salah faham.

“Klu kita pilih jln susah mmg susah la ending dia klu kita pilih jln mudah semua org mudah wlp akn ada yg kalah tp xpela dh Allah izin jd lagu tu so jd la. Pendek kt dlm mengenal erti persahabatan, keyakinan kita pd takdir wlp nk putuih urat perut ni.”

JANGAN SIBUK CARI SALAH ORANG

“I will always be by ur side my beloved friends moga kami sama2 di dunia dan jg d syurgaMu nt aamiin. Be my dear inshaallah Allah ada melihat kebenaran xlama je lg akn nmpk. Yg patut nmpk dh nmpk cuma nk zahirkn je.”

“Sabar byk2 pada semua yg terlibat ye. Jgn kita sibuk cr salah org cuba ambil positive side Allah bg jd mcm tu sbb Allah syg kita nk hapuskn dosa2 kita. Kalau mati pun dpt pahala mati syahid. Tp Alhamdullilah tgk semuanya dah blh berjln kesana kemari.”

SUAMI JAGA MACAM BABY

Dalam pada masa yang sama, difahamkan Dr. Erin sedang menerima rawatan di hospital. Tidak dijelaskan secara tepat dugaan yang sedang dihadapi oleh kedua mereka kini. Apa yang pasti Erin sangat bersyukur dengan sikap suaminya yang penuh sabar berada di sisi.

“Sy Allah br bg blk kekuatan pegang hp. Best jg sakit suami jg mcm jg baby 24jm mkn bersuap sabar btl zauj ku ni.”

Apa pun, semoga Erin diberi kesembuhan dan kembali sihat untuk menerusikan aktiviti harian seperti sediakala.

Sumber: Instagram Dr. Erin

Kongsi artikel ini: