Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Terbaru, kita dikejutkan lagi dengan satu wabak yang menyebabkan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang mula dikenal pasti di Wuhan, China. Ianya sedang merebak ke seluruh negara China dan akan merebak melalui pelancong.
WABAK TELAH TULAR DI NEGARA ASIA TERMASUK MALAYSIA
Wabak yang dikenali sebagai Virus Korona ini difahamkan telah pun merebak di beberapa buah negara seperti Australia, Thailand dan juga negara jiran Singapura. Dan yang paling mengejutkan virus korona ini disahkan telah berjangkit kepada 4 kes untuk negara Malaysia.
Setakat pada hari ini, wabak korona ini telah direkodkan dengan 17 kes yang tidak mempunyai harapan untuk kembali hidup dan juga 571 orang yang positif dengan wabak itu.
MAKANAN EKSOTIK PEMBAWA WABAK
Menurut laporan melalui media di seluruh dunia, wabak korona ini merupakan wabak yang aktif bagi haiwan dan boleh dan senang berjangkit kepada manusia. Haiwan yang dikatakan membawa wabak ini adalah seperti ular dan juga kelawar yang dikatakan merupakan punca utama di negara China.
Ular seperti sepsis banded krait (bungarus multicinctus) yang merupakan ular elapid yang paling berbisa yang kebiasaannya hanya boleh ditemui di timur tengah dan China selatan serta kawasan Asia Tenggera.
Kelawar merupakan salah satu haiwan yang dikatakan mempunyai bisa dan virus yang sama seperti ular sepsis banded krait ini.
Kedua dua haiwan ini merupakan satu sajian eksotik di negara China menjadi kegilaan ramai rakyat China tanpa mengetahui kesan akibat dan penyakit yang boleh dibawa oleh haiwan ini.
KAJIAN GENETIK BAGI VIRUS KORONA
Menurut kajian ke atas kod genetic yang ada pada ular dan kelawar ianya mempunyai persamaan yang rapat dengan sampel virus korona seperti SARS yang dari negara China.
Virus 2019-nCoV dikatakan disebar oleh haiwan yang dijual di Pasar Borong Makanan Laut Huanan di Wuhan, China. Virus korona ini berjangkit kepada rata rata rakyat Wuhan melalui makanan yang dimakan oleh mereka.
Wabak korona ini akan menyebabkan radang paru paru atau peneumonia yang mula menjangkiti manusia pada akhir bulan lepas dan menular ke seluruh Asia dan juga Amerika Syarikat. Pemakanan yang eksotik ini harus di hentikan atas faktor bagi tidak menyebarkan virus korona dengan meluas lagi ke seluruh dunia.
Sumber: Sinar Harian