Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Masalah golongan wanita buat umrah tanpa mahram! Wanita ini kongsi jawapan, mungkin ramai keliru sebelum ini

Dunia serba moden kini menyedarkan ramai orang muda untuk tampil awal mengerjakan ibadat umrah ini. Memandangkan kudrat masih kuat, rasanya sangat lah rugi jika anak muda yang berkemampuan tidak merasai nikmat dan keindahan berada di Tanah Suci.

WANITA TANPA MAHRAM SERING MENJADI TANDA TANYA

Ibadat umrah adalah ibadat sunat yang dituntut bagi golongan yang berkemampuan. Wanita yang tidak mempunyai mahram sering kali menjadi persoalan sama ada mereka dapat meneruskan ibadat ini atau pun tidak.

Dalam menjawab persoalan masalah mahram ini, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Rusila Yusof tampil berkongsikan sendiri pengalamannya melakukan umrah tanpa mahram.

BERGERAK BERSENDIRIAN

Rusila memberitahu yang dia mengerjakan umrah ini seorang diri pada 20 November hingga lah 2 Disember tahun lepas. Dia bergerak secara solo tanpa ditemani rakan ataupun saudara mara.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa umrah tanpa mahram ini sudah lama dibenarkan oleh pihak kerajaan Arab Saudi iaitu sejak September tahun lepas lagi.

“Bukan semua travel agen pada masa itu mula membuka pakej. Saya mempunyai kawan bujang yang turut mengerjakan umrah tanpa mahram tetapi menggunakan kaedah dummy mahram yang tu panjang cerita.”

“Dia menggunakan visa umrah yang masih memerlukan mahram yang hanya valid selama 30 hari sahaja jika tidak silap.” Kongsi Rusila.

WANITA BUJANG BOLEH GUNA VISA PELANCONG

Jelas wanita ini, bagi wanita bujang mereka boleh menggunakan visa pelancong untuk ke sana. Difahamkan visa ini sah untuk digunakan selama tempoh setahun. Sebelum ini, wanita berumur 45 tahun ke atas sahaja dibenarkan membuat umrah tanpa mahram.

Tetapi kini undang-undang sudah pun berubah yang mana wanita berumur 18 tahun sudah pun layak untuk mengerjakan umrah tanpa mahram ini. Jelas Rusila, dia mengikuti pakej dibawah Rarecation Travel yang mana berada di sana selama 12 hari 10 malam.

TETAPKAN NIAT YANG BAIK, URUSAN AKAN DIPERMUDAHKAN

Tambah Rusila lagi, abaikan dengan kata-kata setengah pihak yang memandang serong bagi wanita bujang untuk menunaikan umrah ini. Ini kerana kita perlu ingat kembali tujuan utama kita berada di Tanah Suci iaitu maqasid umrah.

Mungkin ramai yang bercerita perkara pelik terjadi sewaktu umrah. Nasihat Rusila, abaikan perkara tersebut dan jangan rosakkan pemikiran dengan perkara negatif. Niat yang baik sudah pasti akan dipermudahkan.

Justeru, semoga perkongsian Rusila ini menjawab persoalan daripada golongan wanita yang mula merancang untuk menunaikan ibadat umrah ini secara bersendirian.

Kredit: Facebook Rusila Yusof

Kongsi artikel ini: