Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bukan untuk menganiaya! Sharnaaz Ahmad buka mulut punca diamkan diri dan enggan melepaskan Nabila

Diam kerana anak! Itu lah luahan dari Sharnaaz Ahmad apabila disapa perihal kemelut yang melanda rumah tangganya bersama Noor Nabila. Imbas kembali kisah mereka, netizen mula menghidu pergolakan rumah tangga Sharnaaz apabila Nabila berkongsi gambar berada di mahkamah pada 29 Ogos tahun lepas.

Sumber Instagram

Kemudiannya, Nabila tampil menjelaskan dan mengakui perihal gambar yang tersebar itu. Walau bagaimanapun sehingga hari ini Sharnaaz cuba mempertahankan dan enggan melepaskan isterinya biarpun diminta berbuat demikian.

BACA: Sharnaaz pilih pertahankan rumah tangga biarpun Nabila berkeras untuk dilepaskan

DIAM UNTUK JAGA AIB

Sharnaaz memberitahu segala yang dibuatnya kini adalah untuk menjaga aib kedua-dua belah pihak. Seiring dengan zaman teknologi serba canggih, kesannya adalah kepada Jebat apabila menjengah usia 6 ke 7 tahun kelak.

Di saat itu sudah pasti Jebat sudah mulai pandai untuk mengetik telefon pintar. Sekali gus dia boleh tahu segala benda yang terjadi kepada ibu dan ayahnya. Diam sebab enggan keburukan tersebar. Jika bercerita fasal Nabila, kesannya kepada anak bila dewasa nanti.

Sumber Instagram

Selagi mana, Nabila sah bergelar isteri, Sharnaaz akan berusaha untuk mengelak dari bercerita keburukan dalam rumah tangga mereka. Tambah Sharnaaz lagi, jika ada pihak yang memburukkan isterinya, sudah pasti dia turut naik angin.

SEPATUTNYA KELUARGA TAK PERLU TAHU

Dalam pada itu, Sharnaaz menekankan bahawa hal seluar dalam rumah tangga tidak perlu diketahui umum bahkan ahli keluarga sendiri. Seharusnya masing-masing cuba untuk memperbetulkan  keadaan terlebih dahulu. Kelak nanti masing-masing akan malu.

Sumber Instagram

Di samping itu, aktor kacak ini mengakui bahawa perkahwinan dengan Nabila membuatkan dirinya menjadi lebih matang. Bila berkahwin ianya bermaksud berkahwin dengan tanggungjawab terhadap isteri dan juga anak terutamanya.

BERKAHWIN BUKAN UNTUK BERPISAH

Disoal proses di mahkamah, Sharnaaz menjelaskan bahawa dirinya bukan menganiaya mana-mana pihak. Tetapi persoalkan kenapa perlu berkahwin jika pengakhirannya untuk berpisah. Tambah pula kini mereka ada Jebat yang perlu dibesarkan bersama.

Sumber Instagram

Sharnaaz dilihat enggan berkongsikan lebih lanjut soal hak yang diinginkan bagi mengawal keadaan supaya tidak menjadi lebih keruh lagi.

Semoga dengan penjelasan Sharnaaz ini menjawab segala persoalan peminat perihal keadaan rumah tangga mereka kini. Sama-sama kita doakan agar kemelut Sharnaaz dan Nabila menemui penyelesaiannya.

Kongsi artikel ini: