Terpalit isu panas Fara Mendoza, Ramlah Ram tampil jelaskan status kekeluargaan sebenar mereka

Nama Fara Mendoza bukan sahaja terkenal melalui bakat lakonan, malah menjadi bualan ramai disebabkan pelbagai cerita panas yang menyelubungi pelakon berkenaan. Lihat sahaja awal tahun ini, Fara Mendoza sudah membuka tahun baru dengan cerita kurang baik.

Sumber Instagram

BACA: Tuhan dah tunjuk awal! Ini kejadian sebenar Fara Mendoza dirasuk ketika berlibur di kelab malam

BERI KESAN KEPADA NAMA BAIK RAMLAH RAM

Secara tidak langsung, berita-berita sebegini memberi kesan kepada ahli keluarga terdekat. Sebelum ini, netizen difahamkan Fara mempunyai hubungan kekeluargaan dengan penyanyi senior iaitu Ramlah Ram.

Sumber Instagram

Jadi, segala perkara negatif dilakukan oleh Fara turut memberi kesan kepada Ramlah Ram dan keluarga terutamanya. Jadi untuk membetulkan keadaan sebenar, Ramlah Ram tampil membetulkan fakta sebenar, dirinya didakwa sebagai ibu saudara Fara seperti diperkatakan.

RAMLAH RAM JELASKAN STATUS SEBENAR KELUARGA DAN FARA MENDOZA

Penyanyi berkenaan menegaskan bahawa dia langsung tidak mempunyai apa-apa ikatan mahupun pertalian darah dengan Fara Mendoza. Pelakon cantik berkenaan bukan lah siapa-siapa dengannya. Ramlah Ram cukup kesal kerana banyak sumber internet mengaitkan mereka berdua.

Sumber Instagram

Penyanyi senior ini tampil menjelaskan isu ini disebabkan dia sudah muak dengan beberapa pihak yang menyuruhnya menasihati Fara Mendoza walhal realitinya mereka tidak kenal dan hanyalah rakan artis seperti mana yang lain.

KELUARGA DAN ADIK BERADIK TURUT TERKESAN

Bukan Ramlah Ram sahaja yang terkena tempias perangai Fara Mendoza ini, malah keluarganya di kampung, adik beradik dan saudara yang lain turut terpalit perkara yang sama. Susulan itu, dia berasa bertanggungjawab untuk menghebahkan perkara sebenar kepada umum.

Sumber Instagram

Tambahnya, dia enggan perkara ini tidak jadi berbangkit lagi di masa depan. Sehubungan dengan itu, Ramlah Ram berharap dengan kenyataan yang dikeluarkannya ini menjawab semua persoalan netizen terhadap keluarganya serta membersihkan nama keluarga terutamanya.

Diharapkan selepas ini, peminat tidak lagi menyalahkan atau mengaitkan nama Ramlah Ram berkenaan isu Fara Mendoza. Semoga urusan keluarga penyanyi berkenaan dipermudahkan dan berada dalam keadaan baik hendaknya.

Kredit: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *