Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Manis sangat ni! Baru empat hari kahwin, Elly Mazlein berat hati lepaskan suami untuk pergi kerja

Semuanya berjalan seperti yang dirancang akhirnya penyanyi dan juga pelakon, Elly Mazlein atau Kak Lina telah pun selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan yang juga merupakan seorang cikgu Geografi, Mohamad Azlan.

Baru empat hari mereka bergelar suami isteri, Kak Lina dilihat sangat bahagia berada di sisi suami. Perasaan untuk berbulan madu masih lagi membuak-buak, bagai manapun Azlan difahamkan terpaksa kembali menunaikan tanggungjawab sebagai tenaga pengajar.

Sumber Instagram

SUAMI DAH KENA MULAKAN KERJA

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Kak Lina menerusi laman instagram pagi tadi yang mana menghantar suaminya ke muka pintu. Azlan kelihatan segak dengan pemakaian formal kemeja dan sempat bersalam dan mencium Kak Lina sebelum bergerak menaiki motosikal.

Menerusi rakaman video berkenaan, dapat dilihat wajah Azlan yang masih malu-malu apabila dia cuba untuk mengelak daripada memandang kamera. Maklum lah bukan orang seni kan.

“Assalamualaikum kesayangan. Moga Bahagia milik kite semua Amin ya.” Tulis ringkas Kak Lina.

 

View this post on Instagram

 

Assalamualaikum kesayangan . Moga Bahagia Milik kite semua Amin ya ❤❤❤

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on

PERANGAI MASUK AIR KAK LINA BUAT SUASANA MAKIN MERIAH

Turut difahamkan semalam mereka berdua turut dijemput oleh pihak MeleTOP dalam berkongsikan rasa bersama peminat. Ternyata telatah Kak Lina ini mengundang gelak ketawa penonton dengan aksi setengah manja masuk airnya itu.

Sumber Instagram

Dengan perkongsian Kak Lina ini, ramai netizen memberikan maklum balas yang baik. Mereka memuji kecomelan dan juga sikap romantis pasangan yang baru berkahwin ini. Tak dilupakan ada juga mendoakan agar kebahagiaan mereka ini berkekalan hingga akhir hayat.

Sumber Instagram

Dalam pada itu, netizen turut bersyukur akhirnya Kak Lina menemui rasa bahagia yang selama ini ditinggalkan. Itu lah aturan Tuhan yang menjadi rahsia buat hambaNya. Setiap ujian sudah pasti akan diselangi dengan kesenangan kelak.

Sumber Instagram

Tahniah penulis ucapkan buat Azlan dan Kak Lina. Semoga dipercepatkan menimbang cahaya mata dan hubungan terus bahagia.

Sumber: Instagram Elly Mazlein

Kongsi artikel ini: