Pelakon ini memang terkenal dengan wajah yang cantik dan juga memiliki susuk tubuh yang tinggi. Siapa yang tak kenal dengan bintang drama Memori Cinta Suraya iaitu Tunku Norhanis binti Tunku Salman. Pelakon kelahiran Seri Menanti, Negeri Sembilan ini sudah pun menjengah usia 29 tahun pada tahun ini.

MULA BERLAKON SEJAK 2007, NAMUN MASIH BERGELUT PEGANG WATAK UTAMA

Bermula kerjaya lakonan sejak umurnya 17 tahun lagi namun nasibnya tidak seperti rakan artis sebayanya. Walau pun dah agak lama dalam bidang lakonan tetapi Hanis masih lagi bergelut dalam merebut watak utama.

Seingat penulis, lakonan terbaru pelakon berdarah kacukan Melayu Arab ini adalah menerusi drama bersiri Leftenan Zana pada tahun lepas dengan memegang watak sebagai Raz. Mungkin rezekinya belum tiba lagi untuk jadi heroin.

DULU FREEHAIR, TERBARU DAH BERHIJAB

Mungkin ramai yang tak tahu sebelum ini Tunku Hanis selesa dengan freehair dan berpenampilan seksi. Terbaru, menurut bintang cantik ini, dia telah pun mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya selepas sahaja dia menemui jawapan dari Tuhan.

Jelas Tunku Hanis, dia mengambil keputusan tersebut selepas berlakon drama Leftenan Zana. Merasakan bagai semua benda tak kena dan banyak iktibar yang dia peroleh membuatkan dia nekad dengan keputusan ini.

TOLAK BANYAK TAWARAN BERLAKON KERANA TAK SESUAI

Tidak dinafikan banyak sahaja tawaran untuk berlakon tetapi dia terpaksa menolak kerana watak tidak bersesuaian dengan imej yang dibawanya kini. Perlu seiring dengan hati yang ingin berubah, Tunku Hanis enggan memandang remeh isu bertudung ini.

Dia yang terkenal dengan watak antagonis mengakui biarpun jarang muncul di kaca tv kini kerana sedang sibuk memeberi tumpuan dalam perniagaan yang diusahakan.

JAGA IMEJ, PADAM GAMBAR YANG TERDEDAH

Usaha Tunku Hanis ini perlu dipuji dan diberi sokongan kerana bukan mudah untuk membuat keputusan sebegini memandang dia antara pelakon yang masih aktif. Enggan mengejar nama, dia juga turut bijak dalam memilih watak.

Melihat ke laman instagram pelakon cantik ini, dia sudah pun memadamkan gambar lamanya. Hanya gambar menutup aurat dikongsikan bersama peminat. Ternyata usaha Tunku Hanis dalam menjaga penampilan berbeza dari yang lain.

Tahniah penulis ucapkan buat Tunku Hanis dengan berita baik ini. Semoga dia terus istiqomah dalam perjuangkan pemakaian hijab ini agar tidak mengulangi kesilapan-kesilapan rakan artis yang terdahulu.

Sumber gambar: Instagram Tunku Hanis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here