Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Anda bukan sempurna pun! Ikuti kenyataan Fathia dalam menerima teguran daripada peminat

Nama aktres Fathia Latiff tidak perlu diperkenalkan lagi. Namanya dahulu cukup sinonim dengan watak heroin dalam banyak drama. Namun sejak kebelakangan ini, dia mula nampak sugul dari industri hiburan.

NAMA SERING MENJADI KRITIKAN

Pernah mencetuskan banyak bualan ramai dek kerana keputusannya untuk membuka tudung sekali gus ramai pihak tidak bersetuju dengan tindakan Fathia seolah-olah memainkan soal agama dan juga mengkhianati kepercayaan peminat.

Sumber Instagram

Kemudian tampil pula dengan imej berambut pendek ala boyish menambahkan lagi rasa kurang senang peminatnya. Sehingga hari ini, apa sahaja yang dibuat oleh pelakon cantik ini sudah pasti ianya tidak disenangi ramai.

BACA: Gambar Fathia Latiff Belanja Dada sekitar sambutan birthdaynya, Netizen doakan dia kembali berubah

CARA FATHIA MENGHADAPI TEGURAN NETIZEN

Disapa aktres ini bagaimana dia boleh menghadapi semua tekanan tersebut, akhirnya Fathia mengakui dirinya bertambah matang dalam berhadapan kata-kata masyarakat. Apa yang dibuat adalah tidak terlalu mengikut perasaan.

Sumber Instagram

“Kalau diorang boleh cakap, macam kita pun boleh cakap balik kat diorang jugak. Kita tak boleh cakap who are you, ko sape ko nak cakap kat aku and aku boleh bantai ko balik sebenarnya..”

“Kita tak boleh over-over. Tengok juga orang, macam kita tahu benda tu nasihat bukan ada unsur nak menjatuhkan kita, kita dengar dan kita respect.” Jelas Fathia.

Di samping itu, Fathia memberitahu bahawa yang dia akan menutup ruangan komen di setiap gambarnya. Itu bertujuan mengawal diri dari perasaan geram apabila ada kata-kata kurang menyenangkan pada gambar berkenaan.

Sumber Instagram

KINI AKTIF MENYANYI

Memiliki 3 juta pengikut di instagram bukan perkara yang mudah dan ada tanggungjawab yang perlu dipikul iaitu dalam menjaga hati ramai pihak. Namun, akui Fathia berbuat demikian kadang kala membosankan juga.

Fathia kini dilihat lebih berminat ke arah nyanyian. Dan dalam perkembangan terbaru, dia baru sahaja menghasilkan album keduanya iaitu Jika Aku Tahu. Semoga kerjaya Fathia terus maju dan kekal relevan.

KREDIT VIDEO:

Sumber: Youtube

Kongsi artikel ini: