Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pelakon cilik berbakat besar, Puteri Balqis binti Azizi atau Aqish mengejutkan ramai pihak apabila program Bersamamu memaparkan kehidupan kini dia yang berubah 360 darjah. Ramai yang tidak menyangkakan Aqish sedang bergelut dengan sakit dan juga masalah ekonomi.
BERSAMAMU BONGKAR KISAH PUTERI BALQIS
Akui Aqish dia bergelut dalam mencari wang saku sehinggakan hampir dua tiga hari tak makan. Ianya bermula sejak Aqish disahkan menghidap penyakit dan sejak dari itu dia memperlahankan karier lakonan dalam memberi fokus kepada kesihatan.
Tak terhenti di situ, sejak kisah Aqish dan ibunya dipertontonkan, ramai pihak cuba menghulurkan bantuan untuk ringankan beban. Tak terlepas, ada juga pihak yang berpandangan serong malah memberi kritikan terhadap kualiti buku yang dijual Aqish ini.
Sebaik-baik manusia adalah diam di saat kita tidak mampu hulurkan bantuan. Bukan dengan memberi tomahan tanpa mengetahui hujung pangkal cerita dan canangkan kepada orang ramai.
INDIVIDU MENGAKU SEPUPU, AQISH DIPERGUNAKAN IBU BAPA
Berkisarkan mengenai Aqish, baru-baru ini muncul pula cerita di Twitter yang mana tampil seorang individu mendakwa dirinya adalah sepupu kepada pelakon cilik berkenaan. Jelas individu tebabit, Aqish bukan sahaja tak cukup makan malah hidup dalam keadaan mendrita.
Dia hanya diperalatkan dalam menghasilkan duit malah Aqish turut dideraa oleh ibu bapanya sendiri. Ayahnya mempergunakan bakat Aqish selama ini dan selepas berpisah dengan isteri, si ayah kini tinggal di bawah jambatan.
Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan secara tepat kesahihan cerita yang dibawa oleh individu berkenaan. Maklum lah dalam keadaan kita tersepit, akan ada pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mencetuskan lagi huru hara ataupun menumpang publisiti.
Semakin hari, kisah Aqish semakin hangat diperkatakan sehinggakan dia mengambil keputusan untuk nyah aktif akaun instagram. Dek kerana menjadi topik hangat mak cik bawang memaksa dia menghilangkan diri seketika.
Apa pun semoga kehidupan Aqish dalam keadaan baik-baik sahaja dan dipermudahkan segala urusan kelak.