Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sasha binti Mohd Saidin merupakan ahli kumpulan Elite. Dia sering menjadi tumpuan utama dalam kumpulan tersebut di tahun 90an kerana rupa parasnya. Maklum lah berdarah kacukan Melayu Inggeris membuatkan penyayi ini berbeza dari ahli yang lain.
Pada penghujung tahun lepas, Sasha ada berkongsikan berita baik dengan peminat apabila ingin menamatkan zaman ibu tunggalnya dengan seorang duda yang juga kenalan lama. Semuanya berjalan bagai dirancang.
SASHA SAH BERGELAR ISTERI DENGAN SEKALI LAFAZ
Malam tadi akhirnya penyanyi ini selamat diijabkabul dengan pasangan pilihan yang dimaksudkan iaitu Sirhan Wahab. Dipermudahkan segala urusan apabila mereka sah bergelar suami isteri hanya dengan sekali lafaz sahaja.
Difahamkan mereka dinikahkan sendiri oleh adik Sasha iaitu Zain Saidin. Dalam majlis tersebut, pihak lelaki telah memberikan mas kahwin berjumlah RM1,000 dan juga wang hantaran sebanyak RM10,000.
Selesai sahaja majlis, Sasha berasa sangat bersyukur kerana semuanya berjalan dengan baik. Dia meminta agar para peminat mendoakan kebahagiaan buat pernikahan kali ketiganya ini setelah gagal dalam perkahwinan sebelumnya.
BAKAL BERHIJRAH KE UAE
Meskipun pernah mempunyai pengalaman dalam alam perkahwinan, jelas Sasha dia tetap berasa gemuruh dengan ikatan baru ini. Bagi dirinya ia adalah suatu pengembaraan yang baru. Tambah sasha lagi dia bakal berhijrah ke Emiriah Arab Bersatu.
Ini berikutan mengikuti dan memahami situasi kerjaya suaminya yang bekerja dalam sektor kewangan di sana. Ia tidak menghalang Sasha daripada dunia seni, malah dia akan berulang alik dari sana sekiranya mendapat tawaran daripada mana-mana pihak.
KENAL SEJAK ZAMAN SEKOLAH
Majlis yang diadakan sangat lah bersederhana dan hanya mengutamakan perkara wajib sahaja kerana masing-masing telah pun melalui fasa sebegitu sebelum ini. Disapa soal bagaimana boleh berkenalan, mereka sudah pun kenal sejak zaman sekolah lagi.
Selepas kedua mereka bergelar ibu tunggal dan duda, baru lah hubungan kembali rapat. Penulis ucapkan tahniah buat kedua mempelai. Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan dan menemui kebahagiaan hendaknya.