Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kisah cinta antara Nur Risteena Munim dan juga Isa Khan tidak perlu diperkatakan lagi. Sedang menikmati fasa dilamun cinta, mereka berdua dilihat tidak berselindung dan menunjukkan aksi mesra di media sosial.
Diibaratkan kalau semut pandai bermain Instagram, pasangan ini akan menjadi tumpuan utama. Mana tidaknya, setelah mengumumkan telah mengikat tali pertunangan pada 23 November tahun lepas, Risteena kelihatan semakin berbunga-bunga.
DAH TAK KISAH DENGAN GENG HATERS
Tanpa menghiraukan tomahan dan cakap-cakap netizen, Risteena dilihat memuat naik suatu video di laman Instagramnya beberapa jam yang lepas. Ingin mengabadikan momen dia berkongsikan video yang mereka sedang menari bersama.
Menarik mata orang ramai adalah adengan berpelukan kedua mereka tanpa menghiraukan batas-batas yang sepatutnya dijaga.
BERPELUK DAN SALING MERENUNG MATA
Dalam video berkenaan memaparkan aksi Isa Khan sedang mendukung kakak Ruhainies itu sambil kedua mereka merenung antara satu sama lain.
Menjengah ke ruangan komen, sudah pasti masing-masing menerima pelbagai reaksi dan juga berbentuk nasihat. Ada yang mengatakan aksi sedemikian tidak perlu dipertontonkan umum, mengalahkan orang yang dah kahwin.
CUKUP MEREKA BERDUA SAHAJA YANG RASA BAHAGIA
Maklum lah kedua-dua mereka Islam, dan kita juga berada dalam negara Islam. Cukup sekadar kebahagiaan hanya mereka berdua sahaja yang rasa. Tak kurang juga ada yang berpandangan, awal-awal dah manis takut kelak jadi basi.
Namun ada yang tampil memberi sokongan dengan mendoakan kebahagiaan buat mereka. malah meminta agar dipercepatkan ke jalan yang halal kerana ianya lebih baik lagi.
Sehingga hari ini, Risteena dan Isa masih lagi belum menetapkan tarikh perkahwinan. Ini berikutan ingin memberi fokus utama kepada perniagaan yang sedang mereka usahakan.
Sumber: Instagram Risteena Munim