Jaga anak orang biar ikhlas! Anak kecil dijumpai menggigil sambil pegang botol akibat sikap pengasuh

Mencari nafkah hidup antara punca yang memaksa ramai ibu bapa memilih jalan untuk meninggalkan anak kecil kepada pihak pengasuh. Dalam kita tidak sedar, penjagaan si kecil dalam jumlah yang ramai boleh mendatangkan kecuaian.

Tidak hairan lah pada masa kini kita sering dengar kisah-kisah kecelakaaan bayi atau anak kecil ketika di bawah pengawasan pengasuh. Seharusnya pihak pengasuh perlu sedar akan tanggungjawab ini. Kerja dengan ikhlas dan amanah dengan tanggungjawab diberikan.

Sumber Facebook

TERJUMPA KANAK-KANAK KECIL MERAYAU

Terbaru, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Harith Rahim ada berkongsikan suatu video yang membuatkan ramai ibu bapa berasa ralat. Video berkenaan menunjukkan seorang kanak-kanak yang masih kecil sedang berkeliaran tanpa hala tuju sambil memegang botol.

Difahamkan kanak-kanak berkenaan sepatutnya berada di bawah pengawasan pengasuh pada ketika itu namun sebaliknya berlaku atas faktor terlepas pandang. Yang menyayat hati, kanak-kanak tersebut berada dalam kesejukan kerana berjalan dalam hujan.

PENGASUH CUAI, NASIB BAIK JUMPA DENGAN ORANG YANG BETUL

Menurut Harith rumah ibu bapa kanak-kanak berkenaan tidak jauh dari tempat dia dijumpai. Dengan perkongsian ini ternyata ramai yang memberikan reaksi terutamanya kecuaian yang ditunjukkan oleh pengasuh berkenaan.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana akan terjadi sekiranya kanak-kanak tersebut terlepas kepada individu yang tidak bertanggungjawab ataupun yang mengambil kesempatan. Sudah pasti ianya akan menjadi kes yang lebih rumit dan mengundang bahaya.

Sumber Facebook

PERINGATAN KEPADA IBU BAPA, PILIH PENGASUH YANG BERTANGGUNGJAWAB

Ada yang turut mengalirkan air mata melihat video tersebut. Berikutan tidak dapat membayangkan jika ia terjadi kepada darah daging sendiri.

Sumber Facebook

Apa pun perkongsian ini sedikit sebanyak memberi peringatan kepada ibu bapa dalam memilih pihak pengasuh yang benar-benar jujur dalam melaksanakan tanggungjawab. Penjagaan si kecil bukan perkara yang boleh dianggap main-main.

Dan kepada pengasuh pula, jangan jadikan atau mempergunakan terma mengasuh untuk meraih wang ringgit semata-mata. Pikul lah tugasan dengan ikhlas dalam meperoleh pendapatan yang berkat kelak.

Sumber: Facebook Harith Rahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *