Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Kuat untuk jadi ibu tunggal! Lepas 14 hari bersalin, bekas isteri Da’i Farhan dedah nama anak kedua mereka

Kisah rumah tangga mereka pernah menjadi fenomena pada akhir tahun lepas. Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itu lah yang terjadi kepada kehidupan Da’i Farhan dan Nurul Ain Mat Aris atau selesa disapa Fatin.

DIUJI KETIKA SEDANG SARAT HAMIL

Rumah tangga diuji tatkala Fatin sedang sarat mengandungkan anak kedua mereka. Da’i Farhan yang kini menukarkan gelaran kepada Farhan Mutawwif didakwa berkahwin dengan seorang ibu tunggal, beranak lapan.

Jatuh cinta ketika mereka berdua mengerjakan umrah membuatkan Farhan dan Noorainul Naqim Mohd Radzi bersetuju untuk berkahwin tanpa memikirkan kesan yang bakal ditanggung oleh Fatin kelak.

Sejurus kemudian, Farhan sekali lagi mencetuskan buah mulut apabila membuat keputusan melepaskan Fatin. Sekali lagi ujian berat menimpa wanita ini apabila dalam tempoh yang dekat diuji dengan sedemikian rupa.

DEDAH NAMA ANAK SELEPAS 14 HARI BERSALIN

Disebalik ujian ini, hanya Tuhan sahaja tahu segala hikmah yang diaturkanNya. Terbaru, pada 5 Januari lepas difahamkan Fatin selamat melahirkan cahaya mata keduanya. Genap 14 hari merahsiakan identiti, akhirnya Fatin mendedahkan nama anaknya itu.

Nama yang dipilih ialah Nik Farrel Fahim bin Nik Ahmad Farhan. Berita baik ini disampaikan sendiri oleh Fatin menerusi laman Facebooknya semalam. Ianya dikongsikan sejurus selesai majlis akikah buat anak lelakinya itu.

“Nama diberi Nik Farrel Fahim bin Nik Ahmad Farhan. Syukur Alhamdulillah selesai dan sempurna aqiqah anak, sembelihan dua ekor kambing untuk anak lelaki ummi di tanah suci kota Mekah tajaan dr @aqiqahcentredotcom.”

“Terima kasih banyak2 kepada @aqiqahcentredotcom menguruskan dan sempurnakan semua aqiqah anak. Semoga dimurahkan rezeki dan terus membantu permudahkan urusan Umat Islam yang lain.” Kongsi Fatin di Facebook.

RAMAI YANG MENDOAKAN KEBAIKAN BUAT FATIN

Bukan mudah seorang ibu tunggal ingin membesarkan anak seorang diri. Dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen memberi sokongan yang positif agar Fatin terus bersemangat. Ada yang turut memuji keindahan nama anak lelakinya serta mendoakan agar membesar menjadi yang soleh.

Kesimpulannya, anak merupakan tanggungjawab kepada ibu bapa. Peribadi anak-anak adalah cermin kepada sikap orang tua dalam mendidik mereka. Diharapkan Nik Farrel membesar dengan sihat dan mampu menjaga ibunya dengan baik kelak.

Sumber: Facebook Fnama Fatin

Kongsi artikel ini: