Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Dunia muzik juga seiring dengan persedaran zaman. Mungkin suatu ketika dahulu muzik rap atau hip hop kurang digemari para pendengar. Namun tidak lagi kini kerana hampir rata-rata lagu yang menjadi kegemaran anak muda adalah ber’genre’ rap.
Dapat dilihat ramai penyayi rap mula meningkat naik dan antaranya kumpulan K-Clique. Boleh dikatakan fenomena baru apabila kumpulan ini menjadi terkenal dalam tempoh yang singkat. Biasa lah, bila dah terkenal sudah pasti masyarakat mula nampak selok belok peribadi ahli.
MK SERING MENJADI TUMPUAN BERBANDING YANG LAIN
Ahli kumpulan K-Clique yang sering disebut-sebut ialah MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin bin Hamdan. Jika anda peminat K-Clique atau MK, sudah pasti akan perasan perhiasan yang dipakai oleh penyanyi berkenaan.
Tanpa berselindung lagi, MK jujur mengakui yang dirinya sangat minat dengan perhiasan emas. Dia berkata dirinya ambil maklum tentang hukum agama Islam yang melarang kaum lelaki tampil berhias dengan emas.
TAHU BERDOSA TAPI BUAT JUGA
Walau bagaimanapun, penyanyi kelahiran Tawau, Sabah ini berterus terang yang dia tidak menjadikan larangan itu sebagai kekangan untuk dia terus tampil memakai perhiasan emas. Tambahnya lagi, dosa adalah urusan diri sendiri.
Hanya dirinya sahaja yang menanggung sebagai perilaku. Oleh itu, dia meminta agar orang ramai jangan cepat menghukum dengan penampilannya sebegitu.
HANYA PAKAI KETIKA MEMBUAT PERSEMBAHAN
Sebelum ini ada peminat yang meluahkan rasa kesal apabila penyanyi pujaan mereka tampil memakai rantai dan gelang emas sewaktu persembahan. Dengan itu, MK menjelaskan bukan dia ingin membawa pengaruh buruk kepada penonton.
Dia hanya memakai jika terlibat dengan aktiviti persembahan sahaja. Mempertahankan penampilan, MK memberitahu, sebagai artis bukan dirinya sahaja yang membuat perkara tak baik, malah ramai lagi artis berbuat perkara sebegitu. Tidak adil hanya dia sahaja menjadi perhatian.
Jelas lah bila dah jadi selebriti akan ada mata-mata tanpa diundang akan menilai diri mereka. Untuk tidak menjadi perhatian itu mudah. Jangan cetuskan apa-apa cerita kurang baik melainkan kerjaya masing-masing.
Semoga penjelasan dari MK ini menjawab segala persoalan yang diajukan oleh para peminat berkaitan pemakaian emasnya itu.
Kredit gambar: Instagram MK K-Clique