Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kisah bekas suami Bella Astillah iaitu Aliff Aziz tidak pernah serik, ada sahaja isu yang dibahaskan oleh netizen semenjak mereka berdua berpisah. Selepas cerita Aliff dengan ramai wanita, muncul pula cerita ditahan pihak berkuasa dan terbaru tunjuk anu dan bertelagah di khalayak ramai.
CINTA BERSATU, PERNAH JADI BUALAN RAMAI
Sejak dari kejadian, instagram Aliff dilihat kosong dengan memadamkan semua gambar, seolah-olah memberi gambaran ingin dapatkan semangat yang baru. Aliff dan Bella sebelum ini pernah dikatakan ingin kembali bersatu.
Ini berikutan tersebarnya gambar mesra berpelukan tangan antara mereka berdua menguatkan lagi spekulasi cerita berkenaan. Bagai manapun sehingga kini masih tiada kenyataan rasmi dari Bella ataupun Aliff berkaitan cerita tersebut.
MUAT NAIK VIDEO LUANGKAN MASA DENGAN ANAK BERSAMA
Aliff Aziz sekali lagi menarik perhatian ramai apabila beberapa jam lepas dia dilihat memuat naik satu posting di Instagramnya. Tidak keseorangan, kelihatan Aliff Aziz dan Bella meluangkan masa bermain bersama anak mereka, Ayden Adrean.
Video tersebut disertakan dengan ucapan sweet Aliff dan dipercayai ditujukan khas buat bekas isteri. Memahami luahan Aliff, seolah-olah artis kelahiran Singapura ini kesal dengan kejadian sebelum ini menimpa mereka dan merasa bangga pernah memiliki cinta Bella.
RAMAI INGIN LIHAT MEREKA KEMBALI BERSATU
Dengan perkongsian ini, ramai peminat memberikan respon positif buat kedua mereka. Ada yang meninggalkan komen ingin melihat keduanya disatukan kembali. Dan andainya bersatu, mereka mahukan Aliff menjaga Bella dengan lebih baik lagi.
Tak kurang hebatnya apabila ada yang memberi pendapat dan pujian kepada Aliff. Ini kerana dalam ramai-ramai selebriti yang runtuh rumah tangganya, hanya Aliff antara individu yang kekal berusaha untuk mendapatkan semula bekas isteri.
Kesimpulannya, kalau dah jodoh takkan lari ke mana. Semoga usaha Aliff menambat semula hati Bella ini berjaya. Apa yang pasti sikap Aliff sendiri yang perlu nekad berubah menjadi individu yang baru, meninggalkan semua perkara tabiat buruknya selama ini.
Sumber: Instagram Aliff Aziz