Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Setiap pasangan yang bercinta mengidamkan perkahwinan yang bahagia dan terindah dalam hidup mereka. Boleh dikatakan sebilangan besar anak muda yang merancang perkahwinan saat ini sanggup berhabis wang dalam jumlah yang besar.
Semata-mata ingin kelihatan mewah dan gah. Tak kurang ada yang mengejar trend masa kini untuk tampak lain dari perkahwinan yang lain. Seharusnya mereka ini bermuhasabah diri, rujuk kembali niat asal tujuan perkahwinan sebenar.
BUAT APA KAHWIN ATAS DASAR RIAK?
Kadang kala kita lupa perasaan riak melebihi segalanya. Berhabis duit sebelum perkahwinan merupakan suatu pembaziran kerana kelak banyak yang perlu ditanggung seusai majlis seperti kediaman dan juga kelengkapan rumah.
Berbeza dengan kisah yang ingin penulis kongsikan di bawah ini. Dapat dilihat menerusi gambar, perkahwinan untuk mempelai ini sangat bersederhana dan hanya mengeluarkan bajet yang minimal untuk hari bersejarah mereka.
HANYA NAIK KERETA KELISA
Menurut perkongsian Bingkai Photovisuals di laman twitter, pihaknya telah dipertanggungjawabkan untuk mengambil gambar momen perkahwinan pasangan merpati dua sejoli ini. Pasangan ini sangat merendah diri apabila hanya menggunakan kereta kelisa dan dihadiri beberapa orang sahaja.
Ternyata perkahwinan mereka sangat lah simple dan elegan dalam menunjukkan rasa cinta yang sebenar.
“We shot a wedding last week where the Nikah was very humble and sweet.”
“The bride rides a Kelisa Biru to the nikah which was only attended by only the bride and grooms immediate family.”
“Simplicity is elegant. Love is easy.” Tulis jurugambar berkenaan.
DIHADIRI TAK LEBIH 11 ORANG, TETAP NAMPAK MERIAH
Difahamkan, majlis akad nikah pasangan ini hanya dihadiri tak lebih daripada 11 orang tetamu yakni ahli keluarga sahaja. Disebabkan rasa cinta dan sayang terlalu kuat sudah cukup membuatkan majlis mereka kelihatan sangat meriah.
Keseluruhan, perkahwinan pasangan sama cantik sama padan ini harus dijadikan contoh buat anak muda di luar sana yang sedang merancang untuk berumah tangga. Yang penting dalam agama kita adalah menghalalkan hubungan.
UJIAN KEWANGAN LEPAS BERKAHWIN LAGI PENTING
Tidak ditanya kelak di hari pembalasan berapa jumlah yang telah kita habiskan untuk sesuatu majlis. Dan perkara paling penting anak muda perlu ambil tahu adalah kesulitan dan keperitan selepas berumah tangga.
Ini kerana ujian kewangan adalah antara punca keretakan dan juga isu perbalahan yang sering terjadi. Merancang dan berbincang lah secara baik dengan pasangan masing-masing.
Sumber: Twitter Bingkai Photovisuals